suria

Ramai kagum kebolehan Nabila Razali berbahasa isyarat, rupanya belajar dekat YouTube

Nabila kongsi lagu Raya Mana melalui bahasa isyarat.

KEBOLEHAN penyanyi Nabila Razali menterjemahkan lagu Raya Mana menggunakan bahasa isyarat membuatkan peminat berasa kagum.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, memberitahu dia tidak mendapat tunjuk ajar secara profesional sebaliknya belajar sendiri bahasa berkenaan menerusi video di YouTube.

Malah dia juga tidak keberatan ditegur daripada peminat sekiranya terdapat kesalahan dalam menterjemahkan lagu berkenaan dalam bahasa isyarat.

raya 2

Nabila terlihat cekap menari dengan bahasa isyarat.

"Jom kita cuba bahasa isyarat pula. Bella belajar dekat YouTube saja ini.

"Kalau salah korang betulkan okay," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video, Nabila dilihat tidak kekok menggerakkan tangannya seiring dengan lagu Raya Mana.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali beraya di Kelantan, Nabila Razali rasai perbezaan di kampung suami

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Gementar nak masak untuk suami, Nabila Razali bangun pukul 2 pagi siap makanan sahur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemahiran yang dimiliki Nabila.

"Bagusnya Bella masukkan bahasa isyarat dalam lagu.

"Lembut saja tangan dia buat, aku cuba buat nampak keras.

"Harap lepas ini makin ramai yang selitkan bahasa isyarat dalam lagu," antara komen netizen.

Lagu Raya Mana nyanyian Nabila dicipta oleh Ezra Kong yang dilancarkan pada 22 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain