SELEPAS sekian lama mendiamkan diri, bekas isteri pelawak Shuk Sahar menjelaskan rakaman memperlihatkan dia bersama seorang lelaki yang tular di media sosial sebelum ini adalah sebuah video lama. Rossa atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa ada pihak cuba menyebarkan aib mengenai dirinya dan dia pernah membuat laporan polis berhubung video tersebut. "Tolong move on sebab dulu dah pernah buat laporan polis fasal ini. Ada pihak tertentu yang cuba mengaibkan video-video saya," katanya. Rossa berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu. Rossa mendedahkan video tular tersebut adalah video lama. Menerusi perkongsian sama, Rossa memaklumkan dia juga sudah mempunyai pengganti dan menggambarkan lelaki dalam video tersebut tiada kaitan dengannya lagi. "Saya sudah bersama dengan orang lain sekarang," katanya ringkas. Dalam pada itu, Rossa menegaskan dia tidak teragak-agak untuk sekali lagi membuat laporan polis terhadap individu menyebarkan video tersebut. "Kami akan buat laporan polis pada yang terlibat dan cuba aibkan saya dengan video-video lama. Terima kasih," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Shuk Sahar dituduh ‘sondol’ suami orang, netizen desak Rossa Sera tampil perjelas perkara sebenar ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai bercerai, kau masih sia-siakan dia" - Rossa Sera bukan lagi isteri Shuk Sahar, bengang kena 'provoke' dengan wanita bernama Fara Sebelum ini, tular di Instagram video mirip Rossa tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi dilihat berpelukan mesra dan dicium seorang lelaki. Menerusi perkongsian video tersebut, wanita itu yang turut memakai pelitup muka kelihatan mesra bersama seorang lelaki namun wajahnya dikaburkan. Rossa bagaimanapun sebelum ini hanya mengambil langkah berdiam diri daripada mengulas berhubung video tersebut. Akaun Instagram yang menyebarkan video berkenaan juga sudah dipadam. Sebelum itu, Rossa juga didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan suami isteri selepas seorang individu mendedahkan perkara itu di media sosial. Dakwa pemilik akaun Instagram @Jannalis4, sudah banyak peluang diberikan kepada Rossa untuk berhenti menganggu lelaki tersebut namun Rossa tetap meneruskan dengan alasan individu itu yang mencarinya. Rossa tidak teragak-agak untuk sekali lagi membuat laporan polis. Untuk rekod, Rossa mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia lima tahun. Pada November tahun lalu, Rossa mengumumkan dia sudah bertunang namun status dan wajah lelaki tersebut tidak didedahkan. Manakala Shuk pada bulan sama turut melangsungkan perkahwinan dengan Fara Salleh yang pernah dikatikan sebagai orang ketika dalam rumah tangganya bersama Rossa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!