SELEPAS namanya dikaitkan sebagai teman rapat kepada kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, pelakon Anna Jobling tampil mengakui mengenali wanita itu sejak Disember tahun lalu. Kata Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, mereka pertama kali berkenalan dan bertemu semasa dia menghadiri sebuah acara di Singapura. Tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, Anna menyifatkan Sarah seorang wanita yang baik dan banyak membantu sepanjang tiga hari dia menyertai acara di negara berkenaan. Anna tidak tahu kontroversi tentang Sarah. “Saya kenal dia, kami berjumpa pertama kali di satu acara di Singapura Disember tahun lepas. “Dia datang ke booth saya selama tiga hari dan luang masa bersama saya serta pasukan saya, dia sangat baik dengan kami. “Peminat tahu saya macam mana, kalau orang tu tiada masalah dengan saya, maka saya pun tiada masalah dengan orang berkenaan,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah kongsi foto bersama, netizen kurang senang tengok kekasih gelap Aliff Aziz kawan baik dengan Anna Jobling ARTIKEL BERKAITAN: Sampai menangis Aliff Aziz bimbang ditinggalkan kekasih gelap, Sarah Yasmine mahu saman Ruhainies Anna menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui di Gema Lebaran Anna Jobling, Royale Palace, Cyberjaya, Selangor, pada malam Jumaat. Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak mengetahui sebarang cerita peribadi Sarah termasuklah kontroversi terbaharu. Ini kerana dia terlalu sibuk dengan kerja dan tidak suka masuk campur urusan peribadi orang lain. Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya ANNA JOBLING PELAKON “Tentang isu kontroversi tersebut saya tak tahu langsung sebab dia sendiri tak pernah kongsi dengan saya. “Saya pun sibuk dengan kerja saya serta jadual yang padat, jadi saya tiada masa nak masuk campur isu berkenaan. “Tambah pula saya tak tanya fasal isu peribadi dekat dia,” jelasnya. Anna tiada masalah berkawan dengan Sarah. Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak terkejut apabila namanya turut terkena tempias kontroversi membabitkan Sarah, lebih-lebih lagi wanita itu ada berkongsi foto bersamanya di media sosial. Kata pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, kecaman dan kritikan yang diterima juga sama sekali tidak menganggu kerjaya seninya. “Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya. Anna tidak terkejut namanya dikaitkan dengan kontroversi melibatkan Sarah. “Bagi saya ia normal dan saya okay sahaja. Lagipun kecaman yang saya terkena itu tidak menganggu kerja saya,” ujarnya. Pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu. Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu. Pada masa sama, tular foto Sarah bersama Anna didakwa mereka berkawan baik. Malah netizen juga kurang senang serta kecewa apabila mengetahui Anna merupakan teman baik kepada Sarah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!