suria

Bekas kekasih terlalu baik, rancangan Farisha Iris mahu kahwin hujung tahun ini tak kesampaian

Rancangan tamatkan zaman bujang Farisha pada hujung tahun ini tidak kesampaian.

PERANCANGAN penyanyi Farisha Iris ingin mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini nampaknya tidak kesampaian.

Mengesahkan hubungannya dengan lelaki yang tidak didedahkan identiti itu sudah berakhir, Farisha atau Farisha Asmadi, 25, bagaimanapun berkata mereka masih berkawan baik.

"Dah tak jadi, ikutkan perancangan nak kahwin pada hujung tahun ini tapi tak jadi disebabkan hal-hal tertentu.

size NP 1 - 2024-04-26T113645.063

Farisha kembali solo selepas impian tamatkan zaman bujang hujung tahun ini tidak kesampaian.

"Belum ada merisik ke bertunang tapi saya dan keluarga sudah mengenali dia lebih setahun. Kami masih berkawan baik sebab saya tak suka bermusuh," katanya kepada mStar.

Farisha berkongsi perkara itu ketika ditemui sewaktu program Celebrate Earth Day With Hariz Hamdan di UM Arena, Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Ditanya punca hubungan itu berakhir, Farisha enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Namun dalam hal ini, penyanyi Alasan Terindah itu menegaskan restu ibu bapa sangat penting dan dia sama sekali tidak akan membelakangkan mereka dalam membuat apa-apa keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto tempah dewan, Farisha Iris kahwin hujung 2024 selepas tamat belajar

ARTIKEL BERKAITAN: Farisha Iris dapat sekuntum bunga ros, Niezam Zaidi malu-malu aksi ‘sweet’ dirakam

"Saya rasa tak baik untuk saya cerita sebab nanti ia membuka aib pihak sana aib pihak sini terkeluar, jadi biarlah saya simpan sendiri.

"Dia terlalu baik untuk saya, belum sampai seru untuk berkahwin. Mungkin bukan rezeki saya, sedih tu sedih tapi yang penting restu ibu bapa.

"Contoh jika keluarga kata tak okay, maksudnya tak okay. Saya sentiasa dengar kata keluarga dalam membuat keputusan," ujarnua.

Sementara itu, Farisha mengakui berasa serik untuk bercinta dan mahu fokus pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan komunikasi media di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

size NP 1 - 2024-04-26T113716.970

Farisha serik bercinta dan mahu fokus pada pelajarannya di peringkat PhD.

"Serik nak bercinta, tu sebab saya nak fokus belajar, tapi risau bila dah dapat ijazah kedoktoran nanti orang tak nak saya.

"Sekarang kalau berdoa saya lebih spesifik supaya jadi kenyataan, yang penting bertanggungjawab sebab saya tak nak makan sebutir nasi sahaja," katanya.

Sebelum ini, bekas peserta program Big Stage musim ketiga ini ada memuat naik foto sedang membuat tinjauan dewan kahwin di Instagram miliknya pada hujung tahun lalu.

Selain itu, Farisha juga pernah digosipkan dengan pelakon Niezam Zaidi, bagaimanapun penyanyi itu menafikan mereka ada hubungan istimewa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain