suria

Sarah Yasmine didesak tidak keruhkan keadaan, jangan rosakkan imej artis Malaysia

Seniman meminta Sarah menghentikan pendedahan isu membabitkan Aliff, Bella dan Ruhainies.

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan mana-mana selebriti yang dikaitkan dengan kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz tampil membuat laporan polis.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, mereka yang terbabit perlu tampil membuat aduan bagi tidak mencemarkan nama baik industri hiburan tempatan.

"Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

553

Seniman berharap isu orang luar tidak masuk campur urusan rumah tangga Bella dan Aliff.

"Kami juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polimikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat," katanya.

Hafiz berkongsi perkara itu menerusi satu kenyataan media kepada mStar pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Hafiz turut menggesa kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine menyelesaikan apa sahaja pertikaian yang disifatkan peribadi secara tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: “Be a man!” - Bukti sudah terlalu banyak, sahabat baik gesa Aliff Aziz muncul selesaikan kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: Tukar bio ‘NRF, LUSM’ di Instagram, Sarah Yasmine anggap Ruhainies tak tahu malu... Ugut dedah mesej hari ditangkap khalwat

Ini bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu selain menghormati kes khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies sedang dalam siasatan pihak berkuasa.

Susulan itu, Seniman meminta Sarah menghentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan selain merosakkan imej artis Malaysia.

"Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

553 (4)

Nama Sophia turut diheret sama.

"Kami juga berharap isu rumah tangga Aliff dan Bella biarlah mereka selesaikan sendiri tanpa perlu ada orang yang tiada kaitan mencampuri urusan mereka," ujarnya.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.

Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Meerqeen

Meerqeen antara selebriti yang terpalit dengan pendedahan Sarah.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Tidak terhenti di situ, Sarah kemudiannya mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF.

Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

Artikel Lain