LEBIH suka meluangkan masa di rumah membuatkan ramai menyangka pelakon Rusdi Ramli kurang menerima tawaran lakonan. Meskipun dia dilihat kurang aktif menghadiri acara hiburan namun, Rusdi, 54, memberitahu dia masih sibuk dengan kerjaya seni dan ada menerima tawaran berlakon. "Sebenarnya situasi itu tidak timbul... tak pernah ada! Saya masih berkerja dan membayar bil. "Saya adalah pelakon yang dilihat di luar semasa berkerja ataupun hantar anak sekolah selain dari itu saya duduk rumah. Rusdi sangkal dakwaan dirinya sudah tidak berkerja. "Mungkin orang nampak macam itu," katanya kepada mStar. Bagaimanapun Rusdi mengakui tawaran lakonan terhadapnya kini tidak sehebat dahulu namun dia percaya pada aturan rezeki buatnya. Kata Rusdi lagi, dia tiada kerjaya lain selain menjadi pelakon dan pengarah dalam industri seni tanah air. "Sekarang memang tiada tawaran macam dulu sangat... sekarang ini kurang sikit tapi tak adalah sampai saya duduk rumah kemurungan. Itu sangat tidak betul. ARTIKEL BERKAITAN: Patut lama tak nampak Rusdi Ramli, rupanya tiada tawaran lakonan... “Sekarang ini banyak janji mulut sahaja” ARTIKEL BERKAITAN: Rusdi Ramli lebih selesa bekerja dengan pengarah yang boleh terima idea pelakon - “Kadang-kadang apa kita fikir tak sama yang dia mahu” "Tawaran sentiasa ada, saya pun baru habis jalani penggambaran drama 30 episod. "Saya tak ada kerja lain... saya memang seratus peratus dengan berlakon tapi saya percaya rezeki itu tuhan yang atur. "Bagi saya yang mana datang dulu, kalau saya mengarah tentu setiap hari saya kena ada jadi saya tak ambil tawaran berlakon,"katanya lagi. Menurut Rusdi, dia juga tidak mempunyai masalah mengenai soal bayaran meskipun ada pihak menyangka dirinya agak memilih untuk berlakon. Rusdi tidak memilih bayaran dalam lakonan. Malah dia tidak menolak sekiranya tawaran lakonan itu berbaloi dengan harga. "Alhamdulillah setakat ini masih berbaloi dengan harga saya, soal bayaran itu bagi saya agak peribadi kerana ada orang tak boleh terima harga itu. "Macam saya senang. Saya buat congak, kalau berbaloi kos minyak, tol dan modal saya ambil saja. Setengah orang ingat saya mahal tapi sebenanrnya saya tak mahal. "Memang dari dulu macam itu, sebab itu pelakon takut terima anugerah... tapi saya Alhamdulillah masih ada kerja," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!