suria

Didakwa buat konsert dalam gereja, rakan Alif Satar jelaskan lokasi sebenar showcase ASTL

Persembahan ASTL dibuat di sebuah dewan komuniti di London.

PEMILIHAN lokasi berlangsungnya showcase Alif Satar and The Locos (ASTL) di St John's Hyde Park, London pada 28 April lalu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Tampil menjawab mengenai dakwaan lokasi showcase itu di sebuah gereja, sahabat Alif iaitu Zaidan Zainuddin menjelaskan dewan tersebut merupakan pusat komuniti untuk pelbagai acara.

"Orang kita cepat melatah, awak semua tahu tak gereja yang disewa oleh penganjur ini adalah pusat komuniti yang memang khas untuk disewakan.

Copy of Untitled (27)

Zaidan menjelaskan perkara itu di Instagram miliknya pada Selasa.

"Tempat ini memang dewan majlis dan gereja lama yang tiada langsung simbol salib di dalamnya.

"Macam aku dah cakap sebelum ini, Alif tak bodoh sangatlah untuk buta decision bab memilih location performance dia," katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuala Lumpur kampung Alif Satar, ambil peluang bawa anak-anak ‘jelajah’ di ibu kota

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Alif Satar di UK April ini, ambil peluang teruskan fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’

Zaidan berkata demikian bagi menjawab tuduhan dilemparkan terhadap ASTL.

Sebelum ini, seorang pengguna TikTok meluahkan kekecewaan apabila Alif sengaja melakukan persembahan di dalam gereja sedangkan penyanyi itu yang sering mengajak orang lain ke masjid.

Copy of Untitled (25)

Seorang pengguna TikTok mendakwa Alif sengaja membuat persembahan di gereja.

"Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak.

Sementara itu, Alif dalam ruangan komen video pengguna TikTok tersebut turut memberikan respon pendek berhubung isu berkenaan.

"Tak apa la bro, kau tak tahu," komen Alif.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain