SEMPENA ulang tahun kelahiran yang ke-19, anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B membeli sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63. Bangga dengan pencapaiannya itu, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin turut mengucapkan terima kasih buat ibunya iaitu atas sokongan yang diberikan selama ini. Kata Cik B, tanpa kehadiran dan dorongan daripada Vida, tidak mungkin dia berjaya memiliki kereta mewah berkenaan. "Bulan Mei ini adalah bulan kelahiran saya iaitu 19 Mei jadi saya beli kereta Brabus Original. Cik B berjaya membeli kereta mewah hasil daripada wang sendiri. "Saya mahu ucapkan terima kasih kepada mama (Vida) sebab kalau tiada dia bersama saya, saya tidak akan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original ini. "Terima kasih sangat mama, sayang mama dan selamat hari lahir untuk saya," katanya. Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya. Menerusi perkongsian video tersebut, Cik B turut membuat kejutan menunjukkan nombor plat kereta yang ditempah khas sempena namanya. ARTIKEL BERKAITAN: Pengikut misteri deposit RM5,000 ke akaun Cik B, kod QR kena sekat terlalu banyak terima duit raya ARTIKEL BERKAITAN: Cik B terkejut Vida bayar RM420,000 untuk bilik hotel di Makkah... Berbaloi pemandangan cantik Vida bagaimanapun turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian yang dimiliki oleh Cik B. Malah Vida juga menyifatkan nombor plat CB 111 merupakan nombor yang membawa tuah kepada anak perempuannya itu. "Cik B beli nombor plat CB. Cik B anak hebat nombor 1, Cik B bisnes nombor 1, Cik B kekayaan nombor 1. "Mama yang terkejut ingatkan datang nak dapatkan apa benda tetapi rupanya beli kereta sendiri," ujarnya. Cik B menyifatkan kejayaan yang dimilikinya berkat sokongan daripada Vida. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Vida yang sering mengatakan Cik B seorang anak yang hebat dan berkat kata-kata itu menjadi doa buat seorang anak. "Inilah hasilnya bila mak selalu doakan yang baik-baik untuk anak walaupun dalam keadaan apa sekali pun. "Mak (Vida) dia selalu cakap Cik B anak mama yang hebat, kata-kata itu doa. Tahniah jaga mak elok-elok. "Anak mama yang hebat, itulah ayat dari mulut mak dia dari dulu lagi. Tahniah Cik B dapat kereta baru," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!