suria

Dah lama MK idamkan watak jahat, syukur akhirnya dapat tunjuk dalam ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’

MK teruja diberi kepercayaan melibatkan diri dalam Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak.

PENYANYI dan pelakon MK K-Clique tidak risau terhadap kritikan orang ramai susulan membawa watak antogonis menerusi filem Rebel : Berontak Untuk Berotak

Kata MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, dia sudah lama mengimpikan karakter tersebut kerana ingin mencabar diri sebagai pelakon.

"Saya tidak takut dibenci penonton kerana melakonkan watak jahat kerana ia sekadar lakonan.

Copy of Untitled (81)

MK bersyukur kerana dapat bekerja dalam filem sulung, Datuk Awie.

"Bila ditawarkan watak Bono, saya sangat bersyukur kerana dapat bekerja dalam filem sulung, Datuk Awie dan mencabar diri melakonkan watak jahat dalam filem," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

MK memegang watak Bono dalam filem Rebel Rebel : Berontak Untuk Berotak yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Mei lalu.

Dalam pada itu, anggota K-Clique berkenaan mengakui gementar untuk berkerjasama dengan vokalis kumpulan Wings itu.

Namun selepas perkenalan, MK menyifatkan Awie sebagai seorang legenda yang tidak lokek berkongsi ilmu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lebih popular sejak berkahwin, MK K-Clique tak halang ceburi bidang lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rebel: Berontak Untuk Berotak’ bukan angkat pengaruh buruk, Awie minta tonton dulu baru komen

"Sebagai pelakon baharu, saya tidak tahu karakter Awie di lokasi. Namun, saya tidak sangka, Awie seorang yang sangat baik, berhemah tinggi dan sangat profesional ketika bekerja.

"Kalau kita buat sesuatu yang tak kena pun dia akan datang dan tegur dengan cara yang lembut dan sangat berhemah," ujarnya.

Sementara itu, MK turut memberitahu dia menjalani latihan dengan bimbingan pakar demi menjayakan watak Bono.

"Sebelum penggambaran, kami juga giat berlatih dengan bantuan koreografer disediakan produksi di lokasi.

Copy of Untitled (82)

MK menjalani latihan bagi menjayakan watak Bono.

"Setakat sakit-sakit badan tu perkara biasalah dalam filem aksi," katanya.

Selain MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Ben Amir, Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Filem Rebel: Berontak Untuk Berotak diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan kos pembikinan mencecah hampir RM1 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain