suria

Achey bukan jutawan, utama keperluan keluarga berbanding diri sendiri - “Kalau tak dah pakai Lamborghini”

Achey nafi sudah bergelar jutawan kerana banyak jadi duta produk.

PELAWAK Achey belum bergelar seorang jutawan seperti sangkaan sesetengah pihak susulan dia dilihat banyak menjadi duta pelbagai produk.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, berkata, dia masih mempunyai pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan malah simpanannya juga tidak banyak.

"Bukan duta sepanjang tahun, selalunya cuma duta kempen sahaja. Itu semua rezeki anak, isteri dan keluarga.

size NP 1 (60)

Achey sentiasa utamakan keluarga.

"Fasal jutawan itu, kalau tanpa ada komitmen memang saya jutawan! Tapi dengan adanya pelbagai komitmen, tidaklah kaya raya.

"Saya ada pekerja nak bayar gaji. Itu belum komitmen lain. Kalau nak kira dapat dengan keluar, apa yang saya simpan tak banyak," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tiada ‘job’ punca berniaga gula-gula, Achey pegang rezeki datang daripada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Fikirkan arwah Abam, Achey harap kemelut Ali Puteh dan Hidayah berakhir Aidilfitri ini... “Aku nak datang raya pun tak serba salah”

Ditanya mengenai komitmen yang perlu ditanggung, Achey berkata, dia juga memikul tanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga termasuk kos rawatan berkala di hospital.

Bagi pelawak itu, keluarga sentiasa menjadi tanggungjawab nombor satu dan akan memastikan keperluan mereka terjaga.

size NP 1 (59)

Achey banyak jadi duta kempen bukan tahunan.

"Saya kena bekerja keras sebab ada orang dibelakang yang perlukan saya. Mana yang nampak saya dapat imbuhan banyak, keluar pun sama juga.

"Tapi itu sudah jadi tanggungjawab dan ujian untuk saya. Apa-apa pun keluarga dulu baru orang sekeliling.

"Kalau saya tak fikir tanggungjawab pada keluarga, mungkin saya dah pakai Lamborghini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain