suria

Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa

Daiyan nekad membatalkan kontrak bersama beberapa jenama.

SELEPAS teruk dikecam warganet, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan drastik dengan membatalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa pro Israel.

Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, berkata, tindakan itu diambil selepas mengambil kira teguran orang ramai terhadapnya sejak kebelakangan ini.

"Saya ingin maklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya berkerjasama.

Daiyan tetap memberikan sokongan berterusan untuk rakyat Palestin.

Daiyan tetap memberikan sokongan berterusan untuk rakyat Palestin.

"Saya terima segala teguran... Saya ambil serius tentang isu ini dan sekarang ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Daiyan enggan mengulas mengenai mengenai kerugian dan penalti dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.

Kata Daiyan, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana membabitkan beberapa jenama berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Daiyan Trisha pertahan diri, tunjuk bukti buat sumbangan ke tabung Palestin cecah RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha mungkin hilang kontrak jenama antarabangsa, tetap pendirian bersama Palestin

Pada Isnin lalu, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro Israel.

Daiyan menjelaskan dia tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.

Daiyan turut berkongsi resit-resit sumbangan bantuan yang dibuat menerusi empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di bumi bergolak itu.

Saya ingin maklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya berkerjasama.

DAIYAN TRISHA

PELAKON

Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.

Sebelum ini, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk ada kaitan dengan Israel di media sosial milik mereka.

Daiyan sebelum ini tersenarai dalam gerakan Blockout2024.

Daiyan sebelum ini tersenarai dalam gerakan Blockout2024.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

Selain Daiyan, antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain