suria

Syukur rumah di Cyberjaya dah berjaya dijual, Saharul Ridzwan harap pengorbanan ada hikmah

Saharul berharap ada kebaikkan atas pengorbanan menjual rumahnya itu.

SELEPAS lebih tiga bulan menyatakan hasrat ingin melepaskan kediamannya yang terletak di Cyberjaya, akhirnya rumah milik pelakon Saharul Ridzwan itu berjaya dijual.

Memaklumkan rumah tersebut sudah ada pembeli, Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, turut mengakui banyak kenangan indah yang dicipta di kediaman itu.

"Bermacam-macam rasa bila rumah yang banyak kenangan ni, bakal beralih dan menjadi milik orang lain," katanya.

size NP 1 - 2024-05-20T095931.275

Rumah Saharul Ridzwan sudah ada pembeli.

Saharul berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok miliknya pada malam Ahad.

Bersyukur urusan jual beli itu dipermudahkan, Saharul berharap pengorbanannya itu memberi hikmah buat dirinya dan keluarga.

"Alhamdulillah. Dengan pengorbanan, akan datangkan kemanisan. InsyaAllah, doakan semoga dipermudahkan kami dan untuk bakal pemilik baru ini khususnya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kereta mewah, Saharul Ridzwan mahu jual rumah di Cyberjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Mercedes Benz milik Saharul Ridzwan sudah ada pembeli... Lelaki letak deposit lepas 10 minit kongsi video, ada wanita terjah pejabat mahu beli ‘cash’

Pada Februari lalu, Saharul berjaya menjual kereta jenama mewah Mercedez Benz pada harga RM84,000 bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini.

Kemudian aktor itu berhasrat untuk melepaskan sebuah kediaman miliknya di Cyberjaya.

Ini kerana dia berasa gusar memikirkan kediaman tersebut dibiayai oleh pinjaman konvensional iaitu pembiayaan bank yang melibatkan riba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain