PENERBIT Datuk A. Aida tetap dengan pendirian untuk terus memboikot artis bermasalah walaupun mereka sudah mengakui dan insaf atas kesalahan dilakukan. Tegas A. Aida atau Zaidah Awang, 54, dia akan ‘blacklist’ artis bermasalah termasuk pelakon Ruhainies daripada sebarang projek syarikat produksinya selama tiga tahun sebagai pengajaran. "Zaman saya bermula dulu, kalau ada artis terlibat dadah, tangkap khalwat, mabuk semua kena boikot dua ke tiga tahun," katanya kepada mStar. A. Aida sentiasa mahu menjaga nama baik syarikat produksinya. Kata A. Aida, walaupun menyenarai hitam Ruhainies namun hubungan mereka kekal baik dan tidak pernah memutuskan silaturahim. Jelasnya, apa dilakukan adalah atas dasar profesional dan bukannya membabitkan perasaan peribadi. "Salah tetap salah tetapi hubungan sebagai kawan, adik kakak tidak akan putus sebab kita profesional. ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida ‘blacklist’ Ruhainies dalam drama terbaharu, pengajaran buat artis terpalit kontroversi ARTIKEL BERKAITAN: Rumah terbuka mStar temukan A. Aida dan Ruhainies... Tiada masalah duduk semeja minum kopi "Bila dekat luar, tetap bersalaman dan peluk cium," ujarnya. Dalam pada itu, A. Aida mencadangkan supaya boikot artis perlu dikuatkuasakan oleh semua pihak produksi demi menjaga nama industri hiburan negara. "Saya rasa benda ini (blacklist) artis yang dilakukan oleh RTM sebelum ini dikuatkuasakan (kepada semua) supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada artis diluar sana. Salah tetap salah tetapi hubungan sebagai kawan, adik kakak tidak akan putus sebab kita profesional. DATUK A. AIDA PENERBIT "Sebab artis ini idola kepada masyarakt, jadi kita kena beri contoh yang baik," katanya. Sebelum ini, A. Aida menyenarai hitam Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada 9 Mac lalu. A. Aida mendedahkan aktres itu sepatutnya terbabit menerusi telefilem Elhan untuk Nian namun mengeluarkan Ruhainies daripada senarai pelakon. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube