ENGGAN terlalu bergantung pendapatan dalam bidang seni, penyanyi Mark Adam berkata artis sepertinya juga perlu memiliki sumber kewangan sampingan. Justeru itu, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, berkata dia kini lebih cenderung untuk mencuba pelbagai cabang perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan. Meskipun belum bertemu jenis perniagaan yang betul-betul sesuai, namun Mark berpendapat setiap apa yang dilakukan itu merupakan satu proses pembelajaran. Nyanyian tetap jadi keutamaan Mark. "Saya dah mencuba menjual pelbagai jenis produk seperti daging perap, baju dan kuih raya. Bukanlah mahu menjadi kaya-raya, tetapi saya yakin semua ini adalah satu proses pembelajaran. "Banyak perkara yang perlu saya belajar dalam perniagaan. Saya percaya jika tidak berputus asa, suatu hati nanti pasti akan jumpa perniagaan yang betul-betul sesuai. "Sebagai artis, kita tidak boleh terlalu fokus pada pendapatan dalam bidang seni sahaja. Kita kena ada sumber pendapatan yang lain," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Mark Adam kagum cara kerja produksi Indonesia, sehari boleh rakam 10 lagu ARTIKEL BERKAITAN: Cium pakaian bapa sambil menangis, Mark Adam saksi pengorbanan isteri untuk keluarga mentua Biarpun aktif dalam perniagaan, Mark berkata dia tidak pernah terfikir untuk berhenti menyanyi atau berlakon. Menurut penyanyi lagu Marry Me ini, dunia seni sudah sebati dalam dirinya dan dia akan terus menghasilkan karya-karya baharu di masa depan. "Dari kecil saya sudah minat menyanyi, tak mungkin saya akan berhenti walau sibuk dengan perniagaan. Saya mahu terus menyanyi sampai akhir hayat. Sama juga dalam bidang lakonan, selagi ada tawaran saya akan ambil. Banyak perkara yang perlu saya belajar dalam perniagaan MARK ADAM PENYANYI "Sekarang ini pun saya masih sibuk mencari peluang dan tidak pernah berehat. Mungkin dalam tahun ini akan tampil dengan lagu baru," ujarnya. Sama juga seperti usahawan lain, Mark juga pernah berdepan cabaran termasuk perlu mengeluarkan wang sendiri untuk meneruskan perniagaan miliknya. Bukan sekadar menjalankan perniagaan menjual produk, malah Mark juga turut memiliki kelas vokal serta syarikat perancang perkahwinan. Mark turut menjalankan perniagaan kelas vokal. "Syukur perniagaan kelas vokal semakin baik selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebelum ini saya tetap teruskan pernigaan itu walau perlu membayar sewa dan gaji pekerja tanpa dengan duit sendiri. "Dalam perniagaan juga pastinya ada tekanan. Kita tidak boleh berpatah arah, kena lawan setiap cabaran yang datang," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!