suria

Khadijah Ibrahim mahu keluarganya selesaikan isu cucu cabul sepupu tanpa babit orang luar

Khadijah tenang berdepan dengan ujian keluarga.

ENGGAN lagi berselindung, penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim mengaku remaja yang didakwa mencabul sepupu perempuannya di mahkamah pada Disember tahun lalu adalah cucunya.

Tidak memperincikan kejadian sebenar, Khadijah, 64, sebaliknya memberitahu kedua-dua cucunya itu menjalinkan hubungan cinta dan isu menjadi besar apabila ada hasutan luar.

Pun begitu katanya, dia melihat isu tersebut sebagai kecil dan boleh diselesaikan secara baik di antara keluarga tanpa membabitkan pihak luar.

khaty

Khadijah anggap masalah kecil bagi keluarga mereka.

"Budak-budak muda bercinta. Dua-dua cucu saya! Takkan satu nak suruh masuk penjara dan satu lagi masuk pusat pemulihan? Tak boleh.

"Masalah itu senang saja bagi saya, mereka yang cipta, mereka selesaikan. Bagi saya ini masalah kecil... Antara dua orang bercinta.

"Saya sudah siasat apa yang jadi tapi itu antara saya dan mereka... Benda ini terjadi pun disebabkan hasutan orang luar. Kadang-kadang mereka tak dapat berfikir dengan baik," katanya.

Khadijah berkongsi perkara itu ketika muncul menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 45 tahun Khadijah Ibrahim tetap ‘maintain’, ada rahsia kekalkan nama dalam industri

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang senang Khadijah Ibrahim asyik sampaikan salam? Itu semua amanah!

Dalam pada itu, Khadijah berkata, dia juga tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Malah dia juga tidak kisah sekiranya menerima tempias daripada perbuatan dua cucunya itu.

"Perkara ini bukan suatu yang tragis. Ini adalah domestik di antara dua orang bercinta sebab antara sepupu pun boleh jatuh cinta juga.

"Saya tak kisah (terkena tempias) sebab kita semua ada anak dan cucu. Kita perlu kendalikan masalah dengan baik.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka berdua cucu yang saya sayang.

KHADIJAH IBARHIM

PENYANYI

"Saya percaya Allah telah aturkan semua ini jadi saya tenang saja," ujarnya.

Penyanyi kelahiran Singapura itu juga ada menasihati anak-anaknya untuk kekal positif dengan ujian dilalui mereka.

Jelasnya, hubungan antara kedua buah keluarga juga masih lagi rapat walaupun diuji dengan perkara insiden tersebut.

"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana mereka berdua cucu yang saya sayang.

cucu penynyi

Sebelum ini cucu Khadijah mengakui tidak bersalah dengan pertuduhan tersebut.

"Saya selalu cakap dengan anak saya supaya berfikiran positif dan semuanya akan okay.

"Hubungan antara kedua belah keluarga juga sangat rapat dan mereka anggap ia perkara remeh," jelasnya.

Pada Disember 2023, seorang remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul kehormatan sepupu perempuannya berusia 17 tahun.

Bagaimanpun tertuduh yang juga berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya di sebuah kediaman di Jalan Gasing, Petaling Jaya pukul 3 pagi pada 15 Oktober lalu (2023).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain