MAHU memberikan persembahan terbaik, penyanyi Aepul Roza sanggup melakukan aksi menari sambil memijak kaca ketika membuat persembahan di minggu ketiga program The Hardest Singing Show (THSS) yang bersiaran langsung pada malam Ahad. Aepul atau Noor Syaiful Muhd Zalaludin, 36, memberitahu dia hanya sempat melakukan latihan beberapa kali sebelum mempamerkan aksi itu di atas pentas. "Koreografer saya yang memberi idea untuk buat tarian pijak kaca, pada awalnya agak gementar sebab kita tahu kaca itu jika dipecahkan banyak kali ia semakin tajam. Sebab itu saya hanya buat latihan dua kali sahaja. Aepul sentiasa mahukan yang terbaik. "Jadi setiap kaca yang pecah itu kita akan asah supaya bahagian tepi tidak tajam, namun masih ada risiko sebab ia terlalu banyak. "Ketika di atas pentas, saya hanya berfikir apa nak jadi sekali pun biarkanlah," katanya kepada mStar. Aepul tampil meyanyikan lagu berjudul Ghazal Untuk Rabiah yang pernah dipopularkan oleh oleh Datuk M. Nasir. ARTIKEL BERKAITAN: Founder produk berlumba-lumba keluar lagu, Aepul Roza anggap karier nyanyian sudah tiada nilai ARTIKEL BERKAITAN: Dapat panggilan tunaikan haji, Alyah umum tarik diri program ‘The Hardest Singing Show’ Ternyata persembahan tersebut berbaloi apabila dia berjaya menduduki tempat kedua dengan peratusan markah juri sebanyak 93.25 peratus. Tidak cukup dengan itu, Aepul turut mengetengahkan elemen kuda kepang untuk mengangkat tarian kebudayaan itu supaya lebih dikenali ramai. "Saya jadikan ia sedikit moden tanpa menghilangkan nilai budaya itu. Saya mahu ia dihargai oleh semua peringkat umur sekarang ini," ujarnya. Ketika di atas pentas, saya hanya berfikir apa nak jadi sekali pun biarkanlah AEPUL ROZA PENYANYI Tambahnya dia mengambil tanggungjawab dalam setiap cabaran yang diberikan sepanjang penyertaan dalam program ini. Bukan sekadar menyanyi di atas pentas, Aepul juga mahu penonton merasai dan menghargai persembahan dirinya dan rakan-rakan artis lain. Persembahan kuda kepang yang dibawakan Aepul. "Saya cuba sampaikan supaya orang yang menonton boleh rasa persembahan itu. Setiap minggu saya akan buat bersungguh-sungguh dan push to the limit kerana ini adalah kerja yang saya cintai. "Minggu ini antara yang sangat bertuah apabila mendapat komen positif. Itu adalah momen yang saya mahukan. Usaha dan komitmen yang diberikan dalam persembahan bukan sedikit," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!