suria

Dah tiga kali Ina Naim mimpi jumpa Suhaimi Saad, arwah tersenyum wajah bersih dan bercahaya

Ina beritahu muka Suhaimi bersih dan bercahaya ketika berada dalam mimpinya.

PENYANYI Ina Naim mengakui pernah bermimpi bertemu arwah suaminya iaitu Suhaimi Saad.

Kata Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, selepas mimpi itu dia bangun tidur dengan perasaan sangat gembira.

"Saya ada mimpi arwah (Suhaimi). Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih.

"Semua mimpi tentang dia, apabila bangun tidur saya senyum sahaja,” katanya semasa bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

size NP 1 (78)

Ina berkongsi mimpi mengenai arwah suaminya di aplikasi TikTok.

Ina mendedahkan mengenai perkara itu selepas diajukan soalan oleh pengikutnya.

Berkongsi lanjut mengenai mimpi itu, Ina berkata dia dapat melihat wajah arwah sangat bersih dan dalam keadaan bercahaya.

Malah, sejurus bangun daripada tidur, Ina segera membacakan doa buat arwah untuk mengubati rasa rindunya itu.

"Saya mimpi dia dah tiga kali dalam keadaan yang sama di meja makan. Ada air kemudian dia tundukkan muka dan senyum.

"Muka dia sangat bersih, putih bercahaya dan dekat pipi dia timbul urat-urat warna hijau.

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Saad meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan akhir Suhaimi Saad buat Ina Naim kuat, isteri bukan nombor satu disayangi

"Saya rasa dia sangat selesa dekat sana, apabila saya terjaga dari tidur saya akan bacakan doa untuk hilang rindu," jelasnya.

Suhaimi atau Suhaimi Mohd Saad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.

Suhaimi juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

Untuk rekod Ina dan Suhaimi mendirikan rumah tangga pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain