PELAKON Putra Amaris memaklumkan isterinya iaitu Nur Syazwani Alias selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 9 Jun lalu. Amaris atau Md Amran Ismail, 39, meluahkan rasa syukur dengan kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Putra Arshaq. Kata Amaris, nama yang dipilih membawa maksud indah iaitu seorang putera yang tampan dan berhati dermawan. Amaris memilih nama Putra Arshaq untuk anak lelaki keduanya. "Syukur Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami iaitu bayi lelaki pada 9 Jun 2024. "Sempena hari ketujuh kelahiran, kami berikan nama Putra Arshaq yang membawa maksud putera yang tampan dan murah hati dermawan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli susu anak pun tak mampu, Putra Amaris kenang zaman hidup susah... Teruskan program infaq bantu orang memerlukan ARTIKEL BERKAITAN: Putra Amaris buka 'Rumah Artis', tawar harga barangan kediaman mampu milik Dalam pada itu, Amaris dan isteri turut memohon doa agar cahaya mata mereka dapat membesar sebagai seorang insan yang berbudi pekerti. "Doakan Arshaq membesar sebagai insan hebat yang baik budi pekerti ya," ujarnya. Untuk rekod, Amaris dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 5 Januari 2018 di kediaman keluarga isterinya di Batu Pahat, Johor. Hasil perkahwinan tersebut mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Asytar yang kini berusia 6 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!