suria

Sadiq Jamil tak guna ‘kabel’ keluarga, Sarimah mengeluh cucu nekad jadi pelakon

Sadiq mahu dikenali dengan bakat sendiri dan bukan menumpang populariti keluarga.

BERGELAR cucu kepada Seniwati Datuk Sarimah Ahmad bukan pembuka jalan buat aktor baharu Sadiq Jamil bergelar seorang artis.

Sebaliknya kata Sadiq, 26, dia tidak pernah ‘menjual’ nama Sarimah demi mendapatkan tawaran lakonan kerana ingin berdiri atas usaha dan bakat sendiri.

"Saya rasa bertuah dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, mereka sangat memberi sokongan tapi saya nak berdiri atas bakat saya sendiri.

size NP 1 - 2024-07-07T162242.984

Sadiq tak guna nama nenek untuk dapatkan tawaran berlakon.

"Untuk saya sampai ke tahap ini pun bukan perkara mudah, saya tak pernah pergi sesi uji bakat guna nama nenek.

"Saya nak ‘jual’ diri saya bukan keluarga, bila di set penggambaran saya nak mereka (produksi) kenal siapa saya," katanya kepada mStar.

Sadiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana drama bersiri X-Change di TGV Sunway Velocity.

Dalam pada itu, Sadiq mendedahkan Sarimah tidak menggalakkan dia melibatkan diri dalam dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak dedah M Jamil kahwin empat kali... Sadiq akrab dengan ibu tiri dan keluarga baharu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sarimah Ahmad dedah derita kanser usus, kesan penyakit selepas pengsan dalam bilik air

Malah katanya, neneknya itu mengeluh apabila dia diterima masuk ke sebuah sekolah seni walaupun Seniwati berusia 82 tahun itu adalah idolanya.

“Minat terhadap lakonan wujud sejak kecil lagi. Saya masih ingat ketika darjah satu cikgu tanya nak jadi apa, saya jawab mahu bergelar pelakon.

“Menonton filem lakonan nenek di televisyen sentiasa membuatkan saya terinspirasi dengannya walaupun nenek tak galakkan.

“Masa mula-mula masuk sekolah seni dulu pun nenek mengeluh sebab seorang lagi keturunannya bergelar anak seni,” jelasnya.

2782936

Sadiq antara pelakon yang membarisi drama bersiri X-Change.

Sadiq adalah anak kepada pengarah M. Jamil dengan pelakon Siti Rohani Wahid.

Dalam perkembangan lain, Sadiq antara pelakon yang membintangi drama bersiri X-Change yang akan menemui penonton di Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta Sooka bermula 12 Julai ini.

Selain Sadiq, pelakon lain yang membintangi drama X-Change ialah Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Marissa Yasmin, Joey Leong, dan Farah Ahmad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain