PELAKON Sherry Ibrahim berjaya mencabar diri apabila berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu dengan jaya pada Ahad. Lebih manis kata Sherry atau Syarizad Ibrahim, 41, dia tiba di puncak sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah. Menurut Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang pendakian tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental. Sherry menyifatkan perjalanan ke Gunung Kinabalu bukan sekadar pendakian. "7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan. "Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental," katanya. Sherry berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim kini perancang takaful, seronok cuba kerjaya baharu ARTIKEL BERKAITAN: Sudah berusaha tapi belum ada jodoh, Sherry Ibrahim fokus jaga ibu bapa - "Hidup solo bukan berdosa" Dalam pada itu, Sherry memberitahu ini merupakan kali pertama dan terakhir dia mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara berkenaan. Sherry berkata kesukaran pendakian yang dilalui sehingga membuatkan kakinya seperti tidak lagi merasa dapat menjejak tanah ketika turun ke kaki gunung tersebut. "Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. "Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung," ujarnya. Sebelum itu menerusi perkongsian sebuah video, Sherry mengakui dia bukan seorang individu yang sering melakukan aktiviti pendakian. Sherry teruja berkongsi pengalaman pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Pelakon drama Teduhan Kasih itu turut memohon doa daripada pengikut di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar. "Saya perlu tidur kerana saya kena mulakan pendakian pada pukul 2 pagi. Tak tahulah, boleh ke saya lakukan sebab saya ini bukanlah jenis orang yang melakukan aktiviti pendakian. "Buat Latihan fizikal pun dekat Bukit Gasing sahaja. Jadi doakan saya kerana bakal melalui pendakian yang mencabar," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!