suria

[V] Ning Baizura, Ronnie, Reshmonu, Liza Aziz, Illa Sabry antara 14 peserta bersaing di pentas GV11

SERAMAI 14 penyanyi bakal bersaing dalam program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang bakal bersiaran bermula 24 November ini.

Seperti musim terdahulu, GV11 sekali lagi menjadi pentas kemunculan semula ramai penyanyi yang sekian lama menyepi dalam dunia seni.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi antara nama-nama yang disebut sebelum ini sebagai peserta.

Copy of Untitled - 2024-11-06T161541.517

Ning dan Liza merupakan antara penyanyi yang bertanding.

Ning Baizura dan Ronnie Hussein seperti yang diramalkan tampil mengejutkan peminat dengan menyertai GV11 kali ini.

Penyanyi lain yang turut mencuri tumpuan ialah Illa Sabry, Liza Aziz, Reshmonu, Arrora Salwa dan Nai Dinamik.

Dua penyanyi berasal dari Indonesia turut bersaing iaitu Inka Christie dan Dyrda Dadali

Sementara itu, satu-satunya kumpulan yang turut bertanding adalah The Lima dari Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani, Tomok dan Ezad Lazim antara 6 peserta Hot Seat terpilih bertanding dalam All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok antara 13 finalis Gegar Vaganza musim ke-9

Vokalis kumpulan Lovehunters dari Singapura iaitu Yazid turut sama bersaing dan berharap kemunculannya dapat menghiburkan peminat Malaysia.

"Saya mahukan hiburkan peminat yang sudah lama tak dengar suara saya," katanya.

Pengumuman senarai 14 peserta GV11 dibuat pada petang Rabu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Nama lain yang juga akan bersaing adalah Sheila Abdul, Zehra Zamri dan Fairuz Selamat.

Copy of Untitled - 2024-11-06T161430.341

Kemunculan Ila sebagai peserta mencuri tumpan peminat.

Barisan juri yang bakal terlibat untuk GV11 ialah Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara.

Konsert pertama GV11 akan bersiaran langsung bermula 24 November ini setiap malam Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain