IBU pelakon Scha Alyahya iaitu Junainah Hashim meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 9.40 pagi Sabtu. Suami Scha iaitu Awal Ashaari, 42, berkongsi khabar duka tersebut namun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai punca kematian Allahyarham. "Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur," katanya. Awal berkongsi berita duka itu di Instastory miliknya. Awal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Awal memaklumkan jenazah arwah ibu mentuanya akan disolatkan di Masjid Al-hidayah Kampung Sungai Pencala Taman Tun Dr Ismail selepas solat Asar. Jenazah kemudiannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Henti tanam kebencian, Scha Alyahya ingatkan tentang dosa sesama manusia ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun ibu jalani dialisis buat Scha Alyahya cerewet bab makan suplemen Sementara itu, aktor berkenaan turut memohon doa kepada Allah SWT agar ibu mentuanya diampunkan segala dosanya. "Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia dan ampunilah dosa serta kesalahannya," ujarnya. Sebelum ini, Scha pernah berkongsi ibunya sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis akibat masalah buah pinggang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!