suria

Individu bagi reviu buruk bohong beli sate, Mark Adam sudah 2 hari tak berniaga

Mark hanya mampu bersangka baik dengan niat pelanggan tersebut menulis komen berbaur kecaman itu.

SEORANG individu tergamak berbohong semata-mata mahu memberikan reviu buruk terhadap perniagaan Sate Bhalut milik penyanyi Mark Adam.

Individu berkenaan yang mendakwa dia pelanggan Mark meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti makanan dijual.

Tidak hanya itu, individiu tersebut mendakwa dia menyesal membeli makanan tersebut dengan harga RM25 ketika menghadiri sebuah festival makanan pada Selasa.

Copy of Untitled - 2025-01-07T143027.951

Mark berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Dah beli tadi, Alhamdulillah dengan harga RM25 ini okaylah dengan rasa yang aku dapat, rasa menyesal," tulisnya di TikTok.

Tampil mempertahankan diri, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 46, kesal individu tersebut tergamak berbohong untuk memburukkan perniagaannya.

Jelas Mark, sudah dua hari perniagaannya tidak beroperasi dan kali terakhir berniaga di Havoc Food Fest pada 5 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Set sate 3 cucuk RM21.90 tak masuk akal, Mark Adam guna daging premium dan bahan mentah berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: Terima aduan sate mahal, Mark Adam dedah pihak berkuasa buat pemeriksaan di gerai

"Assalamualaikum bro, kalau kau Islam janganlah sampai menipu. Hari ini 7 Januari, kita last meniaga 5 Januari kat Havoc Food Fest," balasnya.

Meskipun kesal, Mark bagaimanapun hanya mampu bersangka baik dengan niat pelanggan tersebut menulis komen berbaur kecaman itu.

Mark turut menyimpan niat memberikan sate jualannya secara percuma sekiranya dipertemukan dengan individu tersebut.

553 (4)

Perniagaan Sate Bhalut milik Mark menerima kecaman ramai sebelum ini.

"Di antara kejujuran dan menjatuhkan! Mungkin dia tersalah beli.

"Niat dia kami tak pasti, kata-kata terang seperti matahari. Ada kesempatan datanglah nanti, Sate Bhalut kami bagi free," ujarnya.

Sebelum ini, peniagaan Mark menerima kecaman netizen selepas set tiga cucuk sate termasuk air berharga RM21.90 dianggap keterlaluan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain