KONTROVERSI rumah tangga mengundang kecaman paling teruk sepanjang Jay Iswazir berkecimpung dalam industri seni. Menurut Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, 43, dia menerima pelbagai komen negatif termasuk ugutan selepas tular pendedahan yang dibuat oleh bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad. Meskipun dilemparkan pelbagai kecaman selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga, Jay memberitahu dia kekal tenang dan percaya Allah SWT sentiasa bersamanya. Isu kontroversi Jay dan bekas isteri menjadi bualan hangat netizen di media sosial. "Ini kecaman paling teruk dalam kerjaya saya... Saya baca tapi tidaklah sampai koyak, cuma renungkan apa yang Allah sedang susun untuk diri saya "Ada yang cakap saya dayus, lelaki red flag dan ada juga perempuan mesej saya kata nak pukul saya. "Saya juga ada terima mesej ugutan tapi buat masa sekarang saya okay sahaja, saya percaya Allah ada bersama saya," katanya kepada mStar. Jay berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Dajal di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Jay Iswazir tuntut permohonan maaf daripada bekas isteri kerana mahu bersihkan nama, nampak ada jalan selesai cara baik ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta lanjutan... Jay Iswazir beri tempoh tambahan 10 hari untuk mohon maaf Kata Jay lagi, tujuan dia membaca kecaman itu adalah untuk mengetahui persepsi netizen terhadapnya, namun aktor itu sama sekali tidak membalas komen berkenaan. "Saya baca komen sebab nak tahu persepsi orang bila isu seperti saya ini menjadi bualan di media sosial. "Cumanya saya hanya baca tapi tak balas komen kecaman yang diterima," ujarnya. Sementara itu, Jay turut memberitahu selepas kontroversi berkenaan tular, namanya digugurkan daripada beberapa tawaran stesen televisyen. Ada yang cakap saya dayus, lelaki red flag dan ada juga perempuan mesej saya kata nak pukul saya. JAY ISWAZIR PELAKON Namun Jay tetap positif dan tidak mahu menganggap ia sebagai punca kerana dia tidak dimaklumkan secara rasmi. "Ada beberapa tawaran berlakon yang nama saya kena tolak selepas isu kontroversi yang berlaku. "Cuma saya tidak mahu tuduh melulu nama saya ditolak kerana isu tersebut sebab tiada surat rasmi pun kata nama saya kena gam sebab perkara yang terjadi,” ujarnya. Kisah pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas bekas isterinya iaitu Azzahra mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri. Jay tak pernah balas mana-mana komen kecaman terhadapnya. Kedua-dua mereka dalam proses mencari kata sepakat selepas Azzahra menerima notis tuntutan daripada Jay pada Disember lalu. Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu. Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari depan. Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.