SERING mendapat pujian dalam lakonan bukan alasan aktor Zahiril Adzim mendabik dada dan berasa puas dengan setiap hasil kerjanya.
Bagi Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, setiap komen diterima adalah satu bentuk tekanan untuk dia terus memperbaiki mutu lakonan.
"Saya sendiri tak tahu kenapa orang terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap lakonan saya. Syukur dengan perkara itu namun sebenarnya ia sedikit memberi tekanan.
Zahiril tidak mudah merasa puas dengan hasil kerja sendiri.
"Sebagai pelakon saya cuba melakukan yang terbaik sebab ini adalah kerja. Namun saya tidak akan pernah rasa puas hati dengan kerja sendiri. Ramai lagi lebih baik," katanya.
Zahiril juga tidak pernah meletakkan sasaran anugerah sebagai pencapaian terbaik untuk menilai lakonannya.
Baginya kepuasan penonton mendalami watak yang dizahirkan adalah lebih penting agar matlamat menjadi anak seni tidak terpesong.
ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril bekerja keras demi keluarga, Shera Aiyob sudah terbiasa tanpa suami di sisi
ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim sedia beri tunjuk ajar, tak halang anak ceburi bidang lakonan
"Saya larang diri saya berlakon kerana anugerah! Itu yang saya belajar dari dulu lagi.
"Tugas seorang pelakon adalah untuk menghidupkan karakter, anugerah adalah bonus," ujarnya.
Terbaharu Zahiril kembali dengan karakter Omar dalam drama Aku Bukan Ustazah 2.
Zahiril sentiasa memberi kelainan dalam lakonan.
Demi memberi kelaian, dia sanggup melupakan hasrat menyimpan rambut panjang supaya tidak disamakan dalam drama lakonannya sebelum ini.
"Dalam drama Andai Tiada Dia orang sudah nampak watak Falah berambut panjang. Jadi untuk bezakan watak kali ini saya sanggup pontong rambut pendek.
"Walaupun sebenarnya sekarang saya cuba untuk kembali dengan imej rambut panjang," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!