POPULARITI seseorang artis sering menjadi kriteria utama yang diberikan perhatian oleh produksi sebelum memberikan tawaran kerja kepada seseorang anak seni.
Bersetuju dengan perkara itu, pelakon Mimi Ernida bagaimanapun enggan melakukan gimik murahan semata-mata mahu mendapat perhatian dan ditawarkan perkerjaan.
Kata Mimi atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor, 35, dia tidak mahu tindakannya itu kelak hanya menjatuhkan air muka ibu bapanya.
Mimi tolak lakukan gimik murahan.
"Tak nak sebab bagi saya tak perlu gimik murahan untuk dapatkan sesuatu perkara.
"Itu tanggapan saya, lagipun kalau buat gimik pelik-pelik pun risau akan memalukan nama mak ayah.
"Kalau setakat nak ikut trend hindustan macam tu saya okay, tapi untuk orang di luar sana terpulang kepada mereka," katanya kepada mStar.
Pada September tahun lalu, Mimi mendedahkan dirinya pernah dua tahun tidak menerima sebarang tawaran berlakon lebih-lebih lagi ketika hidupnya berada di fasa kepayahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Buat gimik pun tak siapa peduli, Azzam Sham ada terfikir tinggalkan dunia seni
ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan tegur ibu bapa pilih bulu disalah erti, Reen Rahim minta anak-anak jangan mudah makan hati - “Buat baik kerana Allah”
Namun aktres itu kini boleh menarik nafas lega selepas perniagaan diusahakan semakin berkembang dan kembali menerima tawaran berlakon hasil doa dan tidak berputus asa.
Berkongsi pengalaman 15 tahun dalam industri, Mimi sempat memberi pesanan kepada artis baharu agar tidak boros ketika di usia muda.
Kata Mimi, adalah lebih baik jika menggunakan nama yang ada dengan membuat perniagaan atau apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan untuk simpanan di masa hadapan.
"Saya tak suruh pelakon muda berhenti berlakon, tapi ambillah peluang bila nama tengah naik.
Mimi dan Reen akan tampil berkolaborasi menerusi kempen She Rise.
"Buat pendapatan sampingan seperti berniaga atau buat reviu sebab nanti bila sampai fasa tiada tawaran kerja mereka yang akan rugi. Duit simpanan kena ada untuk perancangan masa depan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Mimi bakal berkolaborasi dengan aktres Reen Rahim menerusi kempen She Rise yang dijangkakan bermula pada 31 Januari depan.
Kempen itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita tentang kepentingan menjaga kesihatan dalaman dan luaran.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!