PESERTA program realiti One In A Million (OIAM) iaitu Eylia Guntabid terpaksa menamatkan perjuangan di minggu keenam selepas tersingkir pada malam Ahad.
Membawakan lagu Dua Insan Bercinta nyanyian ratu rock negara Ella, persembahan Eylia bersama penyanyi jemputan Khai Bahar gagal mendapat perhatian juri.
Menurut juri jemputan iaitu penyanyi Alif Satar, Eylia mempunyai kekuatan vokal yang hebat namun di akhir nyanyian seakan tidak disempurnakan dengan baik.
Persembahan Eylia bersama Khai gagal mencuri hati juri.
"Saya nampak yang awak selesa menyanyikan lagu ini, vokal power awak pun terserlah tetapi saya nampak awak lost di akhir persembahan.
"Awak sepatutnya hit not akhir pada lagu ini dengan lebih tinggi.
"Saya nampak awak sudah berikan 100 peratus untuk nyanyian ini, tahniah dan selamat maju jaya untuk awak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Yusry menyesal beri imuniti, Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir minggu keempat OIAM
ARTIKEL BERKAITAN: Emosi Rezza Shah terganggu, sampai mengalir air mata cerita kesedihan tersingkir OIAM
Lima lagi peserta OIAM layak berentap ke minggu seterusnya termasuk Jimi, Marygrace, Mariam, Kai Deva dan Zazleen.
Bertemakan Saling Menyengat Fizz Sengat, konsert minggu keenam turut diserikan dengan persembahan penyanyi undangan iaitu Stacy.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
OIAM bersiaran langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam di hoskan oleh Haniff Hamzah serta Fiza Frizzy.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!