suria

Thalita nak jadi artis, Shuib dah sedia kena kecam

Shuib (kanan) sentiasa memberikan sokongan terhadap Thalita (kiri).

SETELAH memberi keizinan kepada anak perempuannya bergelar penyanyi, pelawak Shuib sudah bersedia menerima reaksi masyarakat termasuk kecaman daripada netizen.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata, sepanjang bergelar anak seni, dia sudah memahami permainan netizen hanya berani bersuara di media sosial.

"Saya sudah bersedia bukan kerana saya bukanlah hebat sangat tapi boleh kata dah biasa jugalah terima kecaman ini.

Shuib mengambil pengalaman masa lalu sebagai penguat untuk anak.

Shuib mengambil pengalaman masa lalu sebagai penguat untuk anak.

"Saya dah lalui macam-macam situasi dalam karier saya dan akhirnya saya sedar kecaman ini hanya permainan dalam media sosial.

"Setakat ini Thalita pun ada baca macam-macam komen. Saya sentiasa ada bersama Thalita dan beritahu dia realiti sebenar. Insya-Allah dia faham," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia sudah memaklumkan kepada Thalita tentang cabaran bakal dilalui sepanjang bergelar artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama anak Shuib semakin popular, Thalita dedah kena ‘pulau’ dengan rakan sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib teruja anak dapat ‘job’ pertama reviu produk, Thalita pula bimbang jika orang ramai tak sokong

Pesan Shuib, dia mahu Thalita fokus terhadap impiannya bergelar penyanyi dan berjanji akan sentiasa berada di sisi dalam memberikan sokongan.

"Saya dah cakap dengan dia (Thalita), bukan mudah untuk bergelumang dalam dunia hiburan ini ada banyak cabarannya.

"Nasihat saya, lalui sahaja jangan risau sebab saya ada untuk beri tunjuk ajar macam mana nak tangani cabaran.

Thalita mahu meneruskan minat dalam bidang nyanyian.

Thalita mahu meneruskan minat dalam bidang nyanyian.

"Kalau betul-betul nak jadi penyanyi, fokus kepada Latihan," ujarnya.

Thalita atau Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, mula menjadi sebutan ramai apabila membuat penampilan pertama menyanyi di hadapan khalayak ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu.

Thalita menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain