suria

Kerap tukar pengasuh, Wany Hasrita memang cerewet demi keselamatan anak

Wany sentiasa berhati-hati ketika memilih pengasuh buat anaknya.

KEJADIAN anak perempuannya dihayun kuat ketika digendong membuatkan penyanyi Wany Hasrita lebih berhati-hati dalam mencari pengasuh.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, berkata, tindakan itu mungkin tidak serius namun dia bertanggungjawab dalam melindungi anaknya daripada kejadian tidak diingini.

"Mungkin ada anggap itu perkara biasa tapi saya pula lihat pengasuh 'burn out'.

wany 3

Keselamatan anak keutamaan Wany.

"Jadi saya rasa kalau dia tidak boleh bekerja, tak perlulah bekerja dan dia boleh berehat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Wany mengakui disebabkan kejadian itu dia kerap bertukar-tukar pengasuh sehingga bertemu seseorang yang serasi menjaga anak perempuannya.

Kata Wany, dia tidak akan bertolak ansur perkara membabitkan anaknya selain tidak mahu memaksa pengasuh bekerja jika tak mampu mengikut kehendaknya.

"Ada beberapa perkara saya tak boleh bertolak ansur seperti kalau mereka mempunyai penyakit kulit atau beri alasan tak boleh basuh baju. Macam mana?

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita kongsi pengalaman ‘burnout’ jaga anak, suami tempat luah perasaan - “Saya hantar mesej macam peluru berpandu”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berjauhan dengan suami, Wany Hasrita berserah jika rumah tangga diuji... Anggap semua hanya pinjaman Allah

"Saya pun tak mahu orang bekerja dalam keadaan terpaksa. Saya memahami dia manusia dan tak boleh senang-senang mengerah tenaganya," jelasnya.

Bagaimanapun kata Wany, dia lega apabila sudah bertemu dengan pengasuh yang serasi dengan anak perempuannya.

Apatah lagi, tugas menjaga anaknya iaitu Aishah Al Iman turut dipantau oleh ibunya yang menetap bersamanya.

wany 2

Wany bersama suami (Adib) dan Aishah.

"Alhamdulillah sekarang ini memang sudah ada pengasuh tetap yang Aishah selesa.

"Saya bersyukur dan boleh bekerja dengan tenang sepanjang dua bulan ini," kongsinya.

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain