suria

Danial Kifli tak mahu orang kenal kerana gimik murahan, gigih usaha atas bakat sendiri

Danial mahu lebih kerap buat aktiviti bersama peminat.

ENGGAN dikenali kerana gimik murahan, penyanyi Danial Kifli berkata dia mahu membina nama atas usaha dan bakatnya sendiri.

Menurut Danial atau Muhammad Ariff Danial Kifli, 22, dia serius mahu menjadikan industri seni sebagai karier dan enggan mencemarkan namanya dengan perkara negatif.

“Saya masih ada kudrat dan usaha untuk naikkan nama sendiri tanpa perlu gimik murahan. Minta maaf gimik-gimik murahan saya rasa tak sesuai untuk umur saya yang muda ini.

IMG_2544

Danial seronok hiburkan peminat di sesi live busking.

“Saya pun memang nak berada dalam industri lama, jadi saya tak nak orang ingat saya dengan benda-benda negatif. Saya nak jadi anak seni yang bermula daripada bawah dikenali kerana karya dan berusaha sampai berjaya,” katanya kepada mStar.

Danial ditemui semasa sesi live busking bersama Danial Kifli yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Berkongsi mengenai sesi live busking itu, Danial berkata dia gembira kerana dapat menghiburkan peminat secara langsung dalam suasana santai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bergelar ‘Datin’ ajak buat perkara tak senonoh, Danial Kifli takut azab Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Kifli impi lagu masuk AJL tapi takut orang tak kenal, terkilan suara disamakan Haqiem Rusli

“Sebelum ini saya datang support menyanyi bersama kawan-kawan yang busking, tapi kali ini saya sendiri hiburkan peminat.

“Ini memang impian saya untuk hiburkan peminat secara santai dan apabila ada peluang memang saya tak sia-siakan.

IMG_2567

Semasa Danial membuat persembahan, montaj lagu Jauh turut dimainkan di billboard.

“Memang seronok sebab busking ini dilakukan secara santai-santai berbanding persembahan atas pentas... rasa lebih dekat dengan peminat kerana selama ini hanya bertemu dalam live media sosial,” ujarnya.

Pada malam berkenaan, Danial menyanyikan lagu hits berjudul Pergilah Cinta dan lagu baharu Jauh.

Semasa persembahannya, salah satu billboard di kawasan berkenaan turut memainkan montaj mengenai lagu baharu Danial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain