BOLEH bayangkan aksi seni mempertahankan diri silat digabungkan dnegan kisah fiksyen moden?
Itu yang diketengahkan dalam filem terbaharu berjudul Strike: Silat Cult Master sebagai satu kelainan untuk dihidangkan kepada penggemar filem aksi.
Pengarah dan penerbit Mallory Lee, idea menghasilkan filem tersebut tercetus menerusi permainan video arked Street Fighter yang cukup popular pada sekitar tahun 1990-an.
"Malaysia ada cukup banyak budaya dan sejarah yang boleh diketengahkan dan diceritakan kepada orang luar.
Mallory mahu angkat silat di peringkat antarabangsa melalui filem.
"Silat antara salah satu daripadanya... Sebenarnya saya nak buat filem Kung Fu tapi tak banyak karya yang mengangkat silat moden.
"Jadi saya gabungkan ia dengan inspirasi Street Fighter dengan elemen silat di dalamnya," katanya kepada mStar.
Memilih mengetengahkan bakat baharu seperti Aiman Ameer dan Azri Safix, Mallory berpuas hati dengan mutu lakonan yang ditunjukkan.
Malah Mallory turut gembira dengan hasil akhir filem pertama arahannya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali hasil filem animasi, ‘Soloz: Game of Life’ karya paling susah Syafiq Yusof
ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah teliti bab CGI ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam”, sudah rancang sekual jika box office
"Pelakon-pelakon muda yang dipilih memberikan mutu lakonan terbaik walaupun mereka masih baharu.
"Sebagai pengarah saya cukup gembira dan berpuas hati dengan hasil akhir filem ini," jelasnya.
Sementara itu, Mallory berharap Strike: Silat Cult Master mampu mewujudkan perubahan bagi filem aksi di Malaysia agar mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Saya gabungkan ia dengan inspirasi Street Fighter dengan elemen silat di dalamnya.
MALLORY LEE
PENGARAH DAN PENERBIT
"Saya harap ia menjadi pencetus kepada trend yang mampu memartabatkan silat dan mengubah presepsi penonton terhadap seni mempertahankan diri," katanya.
Strike: Silat Cult Master mengisahkan tentang kehidupan Izra (Aiman Ameer) sewaktu kecil yang terpaksa melarikan diri daripada Abil (Jay Iswazir) iaitu seorang ketua kumpulan samseng yang turut bertindak membunuh ibunya, Salmah (Trisha Ooi).
Semasa melarikan diri, Izra turut membawa seutas loket misteri pemberian ibunya sebelum diselamatkan oleh Tok Rahmat (Muhammad Lokman) yang kemudian menjadi guru silatnya.
Setelah dewasa, Izra mencari Abil untuk membalas dendam atas kematian ibunya yang dibunuh depan matanya.
Penampilan Jay dan Fify turut menhidupkan jalan cerita Strike: Silat Cult Master.
Semasa pencarian berkenaan, Izra bertemu dengan beberapa individu lain yang turut mahir dalam silat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Abil.
Apa lebih menarik, ia memaparkan dunia pertarungan gerakan bawah tanah di antara kumpulan.
Antara barisan pelakon yang menjayakan filem Strike: Silat Cult Master ialah Aiman Ameer, Azru Safix, Fify Azmi, Jay Iswazir, Muhammad Lokman, Trisha Ooi dan Ayez Shaukat.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam di seluruh Malaysia pada 13 Februari ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!