BUKAN untuk kegunaan sendiri sebaliknya juara One In A Million (OIAM) Marygrace mahu menggunakan wang kemenangan sebanyak RM500,000 bagi merialisasikan impian ibu tersayang. Marygrace atau Marygrace Jane Penserga, 24, berkata, selain bakal menunaikan ibadah umrah di Makkah, dia juga ingin membawa ibu tersayang melancong ke destinasi pilihannya. "Saya masih rasa macam bermimpi, betul ke ini? Bila jadi juara ini ibarat tiket pengakhiran yang bahagia. Marygrace tidak dapat menahan sebak ketika diumumkan kemenangannya. "Ibu saya semakin tua dan menjadi tanggungjawab saya untuk menunaikan impiannya. "Saya mahu tunaikan hasratnya mengerjakan umrah dan melancong," katanya kepada mStar. Marygrace berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat One In A Million (OIAM) yang berlangsung di Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Marygrace juara OIAM, bawa pulang hadiah wang tunai setengah juta ARTIKEL BERKAITAN: Zazzleen lega OIAM sudah berakhir, rupanya menahan sedih kenang kecaman netizen Berkongsi lanjut mengenai hadiah kemenangannya, Marygrace turut meluahkan hasrat bagi membina sebuah rumah yang selesa buat keluarganya di Keningau, Sabah. "Insya-Allah saya ingin membina sebuah rumah yang selesa buat keluarga," kongsinya. Tidak hanya itu, Marygrace juga bercita-cita membuka sebuah pusat kebajikan yang memberi fokus kepada penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik dan kucing. Katanya, rasa cinta terhadap kucing membuatkan dia ingin melindungi haiwan berkenaan. Marygrace teruja meneruskan karya sebagai anak seni. "Saya juga ingin tubuhkan pusat kebajikan sendiri. Saya suka kucing dan kanak-kanak jadi saya nak bantu mereka yang memerlukan," luahnya. Dalam pada itu, Marygrace turut mengakui sedikit gentar untuk memasuki industri seni namun sentiasa percaya dengan sokongan peminat dan keluarga. Selain wang tunai, Marygrace ini turut membawa pulang sebuah kereta Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bersama Alternate Records. Bukan itu sahaja, Marygrace juga bakal merakamkan single pertamanya yang digubah khas oleh komposer dari Indonesia iaitu Ade Govinda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!