MAHU mengimbau perjalanan sepanjang 28 tahun dalam industri muzik, penyanyi Rossa memilih menamakan konsert solonya dengan judul 'Here I Am'.
Menurut Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani, 47, judul konsert ini dipilih untuk menceritakan kisah hidupnya serta pencapaian yang diraih sepanjang karier.
"Saya menamakan tajuk konsert saya 'Here I Am' untuk menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini.
Konsert Here I Am sebagai tanda meraikan kejayaannya dalam industri muzik.
"Tajuk itu menjadikan siapa diri saya pada hari ini dan berapa banyak album termasuk lagu hits dihasilkan, penghargaan serta augerah yang diterima termasuk konsert-konsert solo saya," katanya.
Rossa berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert 'Here I Am' Rossa pada Rabu.
Dalam pada itu, Rossa memberitahu bahawa konsert kali ini menjanjikan sesuatu yang unik dan penuh kejutan buat peminat setianya.
ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun menjanda, Rossa belum jumpa lelaki sesuai jadi suami... Pernah terfikir kahwin dengan Afgan
ARTIKEL BERKAITAN: Dah 15 tahun cerai, Yoyo tak malu mengaku masih sayang Rossa
Penyanyi lagu Hey Ladies itu turut berharap persembahan itu akan menjadi satu pengalaman istimewa yang akan terus diingati oleh peminat.
"Konsert 'Here I Am' ini akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsert saya sebelum ini.
"Konsert ini juga melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep yang saya yakin pasti buatkan semua teruja menontonnya," ujarnya.
Tiket konsert Here I Am dijual bermula 14 Februari ini.
Konsert 'Here I Am' bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun depan.
Sebelum ini, Rossa telah berjaya mengadakan jelajah konsert di tiga negara selama dua tahun berturut-turut iaitu Rossa 25 Shining Years pada tahun 2022 dan Another Journey: The Beginning (2023).
Dua konsert berkenaan berjaya menarik lebih 80,000 penonton.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!