KETIKA sedang berusaha mendapatkan cahaya mata sulung, pelakon Elizabeth Tan terpaksa menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama suaminya, Dr Siew Jim Ding.
Elizabeth atau Tan Su Mei, 32, berkata suaminya kini bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Tapah, Perak sejak Januari lalu.
“Suami saya sekarang berkerja di Tapah, jadi kami jalani hubungan jarak jauh.
Elizabeth dan suami sentiasa berusaha dapatkan anak.
“Bukan senang (usaha dapatkan anak) kerana tiba-tiba saja jadi jarak jauh.
“Dia baru mula Januari lalu jadi kena tunggu dua tahun lagi untuk bersatu semula," katanya kepada mStar.
Elizabeth berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di Shah Alam pada malam Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dalam gembira menang trofi FFM33 ada sedih, Elizabeth Tan keguguran kali kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Sedihnya, Elizabeth Tan keguguran impian timang anak belum tercapai... “Tidak tahu bila lagi saya akan hamil”
Berkongsi lanjut, Elizabeth memberitahu dia dan Dr Siew akan meluangkan masa bersama apabila masing-masing mempunyai masa terluang.
Biasanya kata Elizabeth, suaminya akan pulang ke Kuala Lumpur atau dia akan ke Tapah jika tiada sebarang komitmen.
Pun begitu, pasangan ini sangat menikmat saat mereka berjauhan kerana jarak membuatkan mereka saling merindu selain lebih menghargai masa bersama.
Elizabeth dan suami sentiasa cari masa untuk bertemu.
"Kami berdua menikmati jarak ini kerana ada ruang untuk rindu, kalau tidak macam tak menghargai sebab jumpa setiap hari.
“Tapi bila kami berjumpa kami akan hargai masa bersama. Cuma perjalanan nak dapatkan anak agak susah kerana tidak berada di dalam satu negeri," ujarnya.
Sebelum ini, Elizabeth mendedahkam dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali ketika usia kandungan mencecah tujuh minggu.
Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga bersama Dr Siew, 34 pada 21 Mac 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!