SUSULAN kejayaan Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), penyanyi Ara Johari melihat ia masa sesuai melebarkan sayap ke Indonesia mempromosikan lagu berkenaan di negara tersebut.
Bagaimanapun kata Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 28, dia mungkin akan memberi sentuhan baharu dan berbeza terhadap lagu tersebut bagi menyesuaikan dengan selera pendengar di Indonesia.
"Kami masih dalam rangka perancangan mempromosikan lagu ini ke Indonesia. Mungkin ada sedikit kelainan daripada lagu asal untuk kesesuaian pasaran di sana.
Ara teruja dengan sambutan hangat yang diterima peminat.
"Insya-Allah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kami akan ke sana," katanya.
Dalam pada itu, Ara meluahkan rasa syukur apabila MJOL mendapat sambutan luar biasa pendengar malah ia sudah mencecah 10 juta tontonan di YouTube.
Lagu ciptaan komposer Indonesia, Ilham Baso itu juga menduduki kedudukan pertama di carta RIM (Recording Industry Music of Malaysia) selama dua minggu berturut.
ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari tukar gaya lebih feminin, ubah imej rock... Sekarang ikut trend nyanyi lagu galau
ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari takut salah pilih suami, suka lelaki ‘soft’ bukan jenis naik tangan
"Alhamdulillah penat lelah saya dan team berbaloi dan ini menjadi pemangkin semangat untuk saya mengeluarkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.
"Saya gembira kolaborasi pertama saya bersama komposer Indonesia ini membuahkan hasil yang amat membanggakan," ujarnya.
Mungkin ada sedikit kelainan daripada lagu asal untuk kesesuaian pasaran di Indonesia.
ARA JOHARI
PENYANYI
Bagaimanapun, kejayaan MJOL sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia mencari material baharu sesuai dengan jangkaan peminat.
"Sekarang masih dalam proses mencari bahan untuk lagu akan datang. Sudah tentu agak tertekan kalau boleh mahu cari lagu lebih baik.
"Saya harap dapat bekerjasama dengan komposer-komposer baru dan tidak menolak jika diberi peluang mencuba genre berbeza," katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!