SEMENJAK memegang gelaran duda, apa sahaja mengenai kisah peribadi pelakon Fattah Amin akan menjadi perhatian sehingga tular di media sosial.
Bagaimanapun Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia sebenarnya kurang selesa hal peribadinya diberi tumpuan kerana merasakan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang lain.
Sebaliknya Fattah berharap kisah disebarkan tentang dia bersifat positif dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai.
Fattah mahu dirinya tular dengan kisah yang positif.
“Saya kalau boleh tak mahulah jual cerita peribadi yang tiada manfaat kepada orang ramai.
“Kalau boleh biarlah benda yang mendatangkan positif dan boleh dijadikan iktibar kepada pembaca. Tak naklah tular disebabkan benda mengarut,” katanya kepada mStar.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidaah yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut Fattah Amin tiba-tiba muncul gosip dah bertunang dengan Amira Othman
ARTIKEL BERKIATAN: ‘Lelaki Terakhir’ trending di YouTube, peminat harap Fattah Amin ke AJL tahun depan
Pun begitu, Fattah tidak cepat melatah apabila kisah peribadinya menjadi tumpuan kerana itu adalah harga perlu dibayar apabila bergelar seorang selebriti.
“Saya rasa itu harga yang perlu dibayar apabila jadi seorang selebriti yang diberi perhatian.
“Maksudnya apa sahaja yang dibuat akan ada orang beri perhatian,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fattah bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Bidaah.
Tak naklah tular disebabkan benda mengarut.
FATTAH AMIN
PELAKON
Bidaah mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.
Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnol Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah sememangnya tersasar.
Antara barisan pelakon Bidaah iaitu Vanidah Imran, Faizal Hussein, Fathia Latif, Hasnul Rahmat dan Riena Diana.
Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.
Selain Fattah, pelakon lain membintangi drama tersebut ialah Faizal Hussein, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fathia Latiff, Hasnol, Fazlina Ahmad Daud, Rahmat dan Malia Baby.
Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac 2025.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!