suria

Fathia terkilan tiada tawaran kerja, ramai sangka dah berhenti berlakon... Sekarang kurang berkongsi di IG

Fathia masih berharap diberi peluang untuk berlakon dalam mana-mana naskhah.

PELAKON Fathia Latiff meluahkan rasa terkilan apabila tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana syarikat produksi.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 38, bagaimanapun bersyukur apabila pengarah dan penerbit Erma Fatima masih mempercayai bakatnya dan menawarkan peluang membintangi drama bersiri, Bidaah.

"Buat masa ini saya sedikit terkilan pihak produksi tidak berikan saya tawaran berlakon.

Fathia bersyukur Erma masih tawarkan kerja.

"Jadi saya bersyukur Erma Fatima beri peluang untuk saya kembali ke dalam industri.

"Apapun saya percaya rezeki di tangan Tuhan, cuma cepat atau lambat sahaja," katanaya kepada mStar.

Fathia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancara dan sidang media drama bersiri Bidaah yang diadakan di Aloft, KL Sentral, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Fathia menegaskan dia masih lagi aktif sebagai pelakon dan menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia sudah tidak berhenti berlakon.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dulu wajah cengkung, kurang yakin diri... Fathia Latiff mengaku ‘buat muka’ untuk nampak lebih cantik 

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff derita skizofrenia, mohon maaf secara terbuka kepada ibu

Malah aktres ini terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana produksi drama atau filem.

"Saya tak pernah berhenti berlakon, cuma setakat ini hanya Erma Fatima sahaja tawarkan saya kerja.

"Mungkin ramai ingat saya sudah tiada dalam industri, jadi kalau siapa nak beri saya kerja berlakon boleh terus hubungi saya," jelasnya.

Selepas hampir enam bulan dilihat tidak memuat naik sebarang hantaran di Instagram, Fathia memberitahu dia kini memilih untuk lebih menjaga privasi.

Buat masa ini saya sedikit terkilan pihak produksi tidak berikan saya tawaran berlakon.

FATHIA LATIFF

PELAKON

Demi menjaga kesihatan mental, Fathia berkata dia hanya akan berkongsi dengan peminat mengenai kerjaya seninya sahaja.

"Sekarang saya lebih menjaga privasi dan tak mahu kongsi dengan orang ramai rutin harian saya.

"Saya lebih suka simpan sendiri dan ia bagus untuk jaga kestabilan mental saya. 

"Jadi saya hanya akan muat naik perkara tentang kerja sahaja," ujarnya.

Fathia sudah enam bulan tidak muat naik hantaran di IG.

Dalam perkembangan lain, Fathia tampil dalam drama bersiri idea asal oleh Erma iaitu Bidaah.

Selain Fathia, pelakon lain yang membintangi naskhah tersebut ialah Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fazlina Ahmad Daud, Hasnol Rahmat dan Malia Baby.

Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain