suria

Laporan kimia kes dadah sudah diperoleh, Along Cham akan beri kerjasama

Along sedia beri kerjasama sepanjang prosiding kes dadah berlangsung.

PIHAK pendakwaan sudah pun memperoleh laporan kimia kes dadah membabitkan pelakon dan pelawak Along Cham.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Sutri Patang pada sebutan kes tersebut di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada Jumaat.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan 7 April depan sebagai sebutan semula kes berkenaan bagi serahan dokumen. 

Along terkait dengan kes memiliki dadah berbahaya jenis kanabis.

Along terkait dengan kes memiliki dadah berbahaya jenis kanabis.

Ia susulan Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, tetap mengulang pendirian tidak bersalah selepas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.49 gram dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Sementara itu, Along memberitahu bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang prosiding berlangsung kelak.

"Saya akan memberikan kerjasama yang penuh," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham sujud syukur satu kes dadah DNAA, mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan baharu… Bebas selepas dibenar ikat jamin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham mengaku tak bersalah miliki ganja, tidak dibenarkan ikat jamin

Mengikut pertuduhan, dia didakwa pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.

Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pelawak berkenaan turut berdepan dua lagi kes dadah iaitu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.Along juga didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) di lokasi sama, pada pukul 10 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain