suria

Nabila Razali belum sedia kongsi wajah dan nama anak, ada perasaan bimbang tentang penyakit ain

Nabila akan kongsi wajah anak apabila sudah bersedia.

LEBIH dua bulan dikurniakan cahaya mata, penyanyi dan pelakon Nabila Razali belum bersedia berkongsi wajah mahupun nama bayi lelakinya kepada umum.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, sebaliknya dia dan suami sepakat hanya akan berkongsi mengenai perkara itu apabila sudah bersedia.

"Insya-Allah kalau kalau sudah bersedia, saya akan kongsi di media sosial.

Nabila mahu jaga privasi keluarga.

"Saya dan suami ada pemahaman sama tentang perkara itu dan sepakat tidak mendedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.

“Saya sedar ramai bertanya, insya-Allah nanti kalau saya dah kongsi di media sosial, tataplah puas-puas ya?,” katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali selamat bersalin anak pertama, kelahiran cahaya mata hadiah paling bermakna

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali mudah menangis sejak bergelar ibu, tak boleh tengok video sedih

Selebriti itu hadir sebagai salah seorang peniaga serta penyanyi yang diundang membuat persembahan pada acara tersebut.

Bercakap lanjut mengenai hal itu, Nabil memberitahu selain ingin menjaga privasi keluarga, dia ada perasaan bimbang akan penyakit ain yang mungkin boleh berlaku pada anak lelakinya.

Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai

NABILA RAZALI

PENYANYI

Jelas Nabila, dia enggan mengambil risiko memandangkan pekerjaannya sebagai seorang selebriti perlu berjumpa dengan ramai orang.

“Risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku melibatkan bayi.

“Jadi saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila bergelar figura awam ini saya risau mungkin akan diperhatikan.

Nabila dan suami sepakat tidak mahu dedah wajah anak.

“Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai,” jelasnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain