TINDAKAN isteri pelakon Azlan Komeng berkongsi rakaman imbasan ultra bunyi menyebabkan ramai menyangka dia kini sedang berbadan dua.
Nilam atau Nir Nilam Ortis, 45, menafikan perkara tersebut sebaliknya memaklumkan dia membuat imbasan itu bagi memeriksa kesihatan sistem peranakan.
"Bukan, salah faham itu. Mereka tak nampak saya kongsi apa sebenarnya.
Hantaran yang menjadi perhatian ramai.
"Saya ke klinik untuk periksa cyst dan fibroid, kebetulan pula abang (panggilan Azlan) ambil video.
“Saya bukan fokus pada ultrasound itu tapi foto saya di belakang telefon abang," katanya ketika dihubungi mStar.
Kata Nilam, pemeriksaan yang dilakukan itu sebagai persediaan untuk dia dan suami mendapatkan cahaya mata.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Beg kuning’ ditarik akibat perbuatan khianat, isteri Azlan Komeng menangis hasil jualan RM500,000 lesap
ARTIKEL BERKAITAN: Nur Nilam bangga terima anugerah usahawan, Azlan Komeng tak kecil hati dituduh menumpang isteri
Dia juga meletakkan harapan untuk hamil dalam masa terdekat namun menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.
"Alhamdulllah semuanya dalam keadaan baik. Saya juga boleh teruskan proses kehamilan kerana rahim saya dalam keadaan cantik.
"Saya memang rancang dalam terdekat kerana kami sama-sama sudah berusia, tapi semuanya bergantung kepada perancangan Allah.
Nilam lakukan persediaan untuk timang cahaya mata.
"Seandainya Allah tak beri izin saya reda tapi usaha tetap saya lakukan," kongsinya.
Mengulas ucapan tahniah yang diterima, Nilam memberitahu dia terharu melihat orang ramai mengambil berat mengenai dirinya.
"Saya anggap itu satu doa tak sangka ramai yang sayangkan saya. Doakan saya juga agar dikurniakan zuriat," luahnya.
Sebelum ini, Nilam memuat naik rakaman video di TikTok yang memaparkan dia melakukan imbasan ultra bunyi.
Nilam berharap orang ramai sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Dia bagaimanapun tidak memperincikan perkara tersebut sebaliknya memohon doa orang ramai.
"Bismillah, doakan ya. Tak tahan ambil video pun ada gambar kesayangan," tulisnya.
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!