suria

Fasha Sandha tersentuh anak Nora Danish masih anggapnya seperti ibu, bersyukur silaturahim keluarga kekal harmoni

Fasha tersentuh apabila Rayqal masih anggap dirinya seperti ibu.

PELAKON Fasha Sandha terharu apabila anak sulung aktres Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli masih menganggap dirinya seperti ibu kandung sendiri.

Walaupun jarang berjumpa, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata dia tidak menyangka Rayqal tetap melayaninya sama seperti dahulu.

"Mood tersentuh sebab Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia," katanya.

Rizal bersama anak-anaknya.

Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pada pagi Isnin.

Mereka semua berkumpul di kediaman bekas keluarga mentua iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah bagi berbuka puasa. 

Sedih melihat anak-anak semakin meningkat dewasa, Fasha tetap bersyukur mereka sekeluarga masih boleh hidup harmoni walaupun pernah berdepan pelbagai rintangan sebelum ini. 

Malah, kata Fasha, anak-anak juga tidak pernah tahu masalah yang pernah berlaku di antara ibu bapa mereka kerana sentiasa bersatu sebagai keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha puji Nora Danish, lembut hati mulakan usaha damai... “Kerana pengalaman itu masing-masing jumpa lelaki tepat”

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa sudah jadi sejarah... peminat tumpang bahagia tengok Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama

"Nangis, sebak. Anak-anak kami dah besar. Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, biasalah manusia tidak lari daripada kesilapan.

"Tapi satu perkara yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni dan berkasih sayang. 

"Mereka tak pernah tahu tentang masalah atau apa-apa sebab pada mereka kami adalah keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Fasha sempat memberikan pesanan agar orang ramai tidak menjadikan masalah penceraian sebagai cara untuk memutuskan silaturahim sesama keluarga.

Mood tersentuh sebab Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia,

FASHA SANDHA

PELAKON

"Jangan jadikan perkahwinan yang gagal sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak, atau anak dengan ayah atau apa-apa pun bagi kasih sayang yang lebih untuk mereka.

"Merajuk kejap tak apa la, kita manusia kan, punya hati dan perasaan, bukan robot, tapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan, insya-Allah pelangi datang selepas hujan," jelasnya.

Untuk rekod, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 10 tahun.

Fasha dan Nora berkumpul bersama keluarga bekas mentua.

Fasha kemudiannya berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia 5 tahun.

Sebelum itu, Rizal dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 16 tahun.

Rizal dan Nora bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian bertemu jodoh dengan usahawan Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsAppTelegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain