suria

Kirim kad raya buat peminat, Tomok mahu kembali nostalgia raya zaman dahulu

Tomok hantar kad raya buat peminat.

MENGEMBALIKAN nostalgia menyambut Aidilfitri, penyanyi Tomok mengambil inisiatif mengedarkan kad ucapan selamat Hari Raya buat peminat.

Tomok atau Shah Indrwan Ismail, 41, berkata, lebih istimewa dia menulis sendiri ucapan dalam kad tersebut selain memandatanganinya sebagai sentuhan peribadi buat peminat.

Menurut Tomok, dia sudah lama menyimpan hasrat menghantar kad raya buat peminat namun tidak berkesempatan berbuat demikian sebelum ini.

"Saya sendiri yang buat dan tandatangan.

Tomok siapkan sendiri kad raya buat peminat.

"Dah lama nak beri kad raya tetapi asyik tertangguh. Tahun ini saya dapat buat untuk kembalikan 'vibe' dulu-dulu," katanya.

Tomok berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video memperlihatkan dia sedang memasukkan kad tersebut ke dalam sampul sebelum dihantar ke pejabat pos.

Dia sebelum itu meminta peminat untuk menghantar alamat mereka bagi tujuan penghantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai sokongan peminat, Tomok umum konsert istimewa New Boyz sempena ulang tahun ke-25

ARTIKEL BERKAITAN: Tomok pasang niat genggam ijazah sarjana, mahu tunjuk contoh baik buat anak-anak

Tidak hanya dari Malaysia, Tomok juga banyak menerima permintaan peminat luar negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Malah dia juga sempat berseloroh tidak membuat sebarang kiriman kad raya secara digital.

"Ramai yang nak kad raya, tetapi hanya beri alamat e-mel. Saya tak hantar kad digital," ujarnya.

Tomok sentiasa hargai sokongan peminat.

Sementara itu, dalam satu video dikongsi laman Instagram kelab peminat, kelihatan Tomok berada di sebuah pejabat pos dan menampal setem penghantaran.

Bagi penyanyi ini, setiap kad yang dihantar itu juga sebagai satu tanda penghargaan buat peminat.

"Anda semua dan beri sokongan dan ini inisiatif saya untuk buat yang terbaik.

"Ini cara saya hargai sokongan semua," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain