PELAKON veteran Frankie Lee Sai Peng dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Mendiang Frankie berusia 85 tahun.
Khabar duka itu dimaklumkan Golden Screen Cinemas (GSC) menerusi hantaran di Instagram namun tidak mendedahkan punca kematian mendiang.
Frankie Lee meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Frankie dikenali menerusi filem The Journey pada 2014 arahan Chiu Keng Guan.
Lakonan mantap mendiang dalam karya tersebut turut melayakkan Frankie dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) pada 2015.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Frankie muncul sebagai pelakon berbangsa Cina pertama memenangi anugerah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rap Nico meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Roslan Saleh meninggal dunia
Frankie turut berjaya menewaskan nama-nama hebat seperti Wan Hanafi Su, Awie, Bront Palarae dan Que Haidar dalam kategori sama.
Sebelum bergelar aktor, Frankie aktif sebagai pelakon iklan komersil sejak 1971.
Daripada situ, aktor berkenaan mengutip pengalaman dan
mula memberanikan diri berada di hadapan kamera.
Antara iklan komersil yang pernah dibintanginya termasuk iklan Pos Laju dan iklan kereta mewah Mercedes Benz.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!