suria

Sudah kembali follow IG, Jefri Nichol tinggal komen romantis buat Ameera Khan

Ameera dan Jefri masih lagi bersama.

HUBUNGAN cinta personaliti media sosial Ameera Khan bersama pelakon Indonesia Jefri Nichol nampaknya masih lagi utuh walaupun didakwa sudah berpisah.

Mana tidaknya, Jefri, 26, dilihat meninggalkan komen berbaur romantik terhadap salah satu foto dimuat naik Ameera di Instagram miliknya.

Jefri dalam komennya memberitahu dia akan menyimpan foto tersebut di dalam dompetnya jika dia ke medan perang.

Komen yang ditinggalkan Jefri di foto Ameera.

"Kalau saya ke medan perang, inilah foto yang akan saya simpan dalam dompet," tulisnya.

Malah Ameera juga dilihat menandai nama Jefri pada gambar yang memperlihatkan dia memperagakan barang kemas.

Reaksi kedua-duanya ini sekali gus menyangkal dakwaan hubungan mereka sudah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bersama sudah tiada, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sudah nasihat Ameera isu tayang kemesraan dengan Jefri Nichol, Neelofa anggap tak perlu ‘canang’ teguran kepada umum

Menerusi tinjauan mStar juga, pasangan ini dilihat sudah kembali mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sebelum ini, hubungan pasangan ini didakwa sudah berakhir selepas Ameera, 25, memadam foto mereka bersama selain sudah tidak mengikuti akaun masing-masing.

Untuk rekod, Ameera pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Jefri sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.

Kisah cinta Ameera dan Jefri jadi perhatian netizen.

Bagaimanapun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan mereka di media sosial.

Malah hubungan Ameera dan Jefri menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dilihat mencacah tatu berbentuk akronim ‘AK’ pada jari manisnya.

Ameera juga pernah berkongsi tangkap layar panggilan WhatsApp bersama kekasihnya itu yang berlangsung lebih 12 jam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain