SAMBUTAN Syawal ibu kepada pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Siti Habsah Kadir diraikan penuh meriah apabila tahun ini dia dapat bersama anak tercinta.
Bersyukur diberi kesempatan menyambut lebaran bersama, Habsah, 64, berkata dia sentiasa mendoakan dan memaafkan segala kesalahan yang dilakukan Along sebelum ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat dapat beraya dengan anak kembali, sebelum ini tak pernah berpisah dengan dia.
Sambutan Syawal lebih bermakna buat Habsah tahun ini.
“Ibu mana yang tidak doakan untuk anaknya? Apapun terjadi baik buruk dia tetap anak dan selalu saya doakan yang terbaik buat dirinya.
“Walaupun setahun tidak berjumpa, doa tetap saya kirimkan dan sentiasa memaafkan dirinya,” katanya kepada mStar.
Habsah berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes dadah melibatkan Along di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada pagi Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham tukar peguam kes dadah, sebutan semula 24 April depan
ARTIKEL BERKAITAN: Penjara jadi tempat Along Cham ‘cuci’ hati, rancang hasilkan filem mengenai kisah hidupnya
Berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri bersama, Habsah memberitahu dia tidak menolak untuk menyediakan makanan kegemaran Along.
Malah, semangat raya itu lebih dirasai kerana pada tahun lalu dia tidak dapat meraikan bersama Along.
“Macam-macam dia nak makan, semalam saya masakkan laksa Johor.
Tahun lepas tak dapat masak untuk dia, sedih juga
SITI HABSAH KADIR
IBU ALONG CHAM
“Apa sahaja dia minta memang saya akan masakkan dan tak pernah nak kecewakan dia.
“Tahun lepas tak dapat masak untuk dia, sedih juga,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan Habsah tidak bercakap dengan Along sejak dia berkahwin semula pada tahun lalu.
Doa ibu sentiasa mengiringi Along.
Habsah juga mendakwa timbul salah faham dalam keluarga mereka berpunca kenyataan dikeluarkan oleh isteri Along iaitu Afreena Suhaimi.
Untuk rekod, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua mereka.
Kemelut rumah tangga mereka membawa kepada permohonan pengesahan lafaz taklik dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 8 Mei depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube