suria

Isteri Azlan Komeng muncul di mahkamah seorang diri, beri bayangan rumah tangga bakal berakhir

Nilam bersendirian ketika di mahkamah.

KEHADIRAN isteri kepada pelakon Azlan Komeng ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada Rabu mengundang tanda tanya orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam atau Nur Nilam Ortiz, 45, dilihat mengenakan jubah dan tudung serba hitam dilihat berjalan bersendirian di perkarangan mahkamah.

Video tersebut seolah-olah memberi bayangan mengenai status rumah tangganya dengan suami sedang bergolak.

Wajah Nilam kelihatan sedih ketika keluar mahkamah.

"Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau menjaganya. 

"Selepas ini tiada lagi takdir bernama kita," tulisnya  di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Nilam mahupun suaminya tidak berjaya apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sedang berbadan dua, isteri Azlan Komeng rupanya lakukan pemeriksaan rahim

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri tutup aurat tak mahu jadi fasik, Azlan Komeng insan paling bahagia

Sementara itu, rata-rata netizen bersimpati dengan Nilam memandangkan dia sebelum ini berusaha menjaga suaminya yang sakit.

"Geram dengan Azlan Komeng ini, masa kau sakit isteri yang jaga! 

"Tak guna juga bertahan kalau terus disakiti, dia perlu jaga hati dia. Sudah banyak dia berkorban.

"Harap suami dia menyesal, lelaki macam dia tak layak ditunggu," antara komen netizen.

Nilam sebelum ini mendedahkan dirinya bakal bermadu.

Pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi.

Perkara didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain