PELAKON Muaz Zabir meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengatakan keluarga terutama ibunya tidak merestui hubungan dengan aktres Bella Astillah sebelum ini.
Kata Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, tidak sekali pun ibunya pernah meluahkan rasa kurang senang apabila dia rapat dengan Bella.
“Saya tiada masalah dengan keluarga Bella dan begitu juga sebaliknya. Jadi hentikan kata-kata ibu saya tidak sukakan dia.
Muaz mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.
“Apa-apa salah saya dalam dunia ini tolong jangan babitkan keluarga.
“Apa yang terjadi antara saya dan Bella tiada kena mengena dengan keluarga,” katanya.
Muaz mengulas perkara tersebut apabila timbul kata-kata di sosial media mendakwa hubungan dengan Bella tidak menjadi kerana pelakon itu berstatus ibu tunggal.
ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir kongsi video bersama wanita dalam kereta, netizen teka itu kuku dan cincin Bella Astillah
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muaz Zabir lebih terbuka dengan Bella Astillah, ramai doa daripada kecam… “Dia pun bukan isteri orang lagi”
Menurut aktor ini lagi dia sendiri tidak tahu bagaimana cerita sebegitu boleh timbul sedangkan Bella sentiasa rapat dengan ibunya.
“Saya membaca komen sebegitu dan tidak tahu dari mana puncanya. Saya tidak pernah membalas komen tentang perkara itu.
“Ibu saya tak pernah halang atau timbul pergaduhan. Hubungan saya dengan Bella pun baik-baik sahaja. Saya ada datang beraya ke rumahnya.
“Bella pernah berjumpa dan duduk makan bersama ibu saya. Kami masih berkawan seperti biasa,” ujarnya.
Muaz dan Bella sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila dilihat sering bersama menghadiri majlis-majlis tertentu.
Muaz dan Bella sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan cinta.
Sementara itu bercakap tentang hubungan cinta, tegas Muaz dia belum bersedia mencari teman istimewa kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya.
“Belum ada hubungan istimewa. Fokus dahulu kerjaya dan mantapkan lakonan dahulu.
“Banyak perkara yang saya nak uruskan. Saya pun ada perniagaan yag dirancang. Saya masih sendiri,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!