suria

Sekadar kongsi foto keluarga, Rebecca Nur Al Islam terlalu bangga Bonda Rozita jadi kakak ipar

Rebecca bahagia melihat kebahagiaan abang.

BANGGA menerima kehadiran usahawan Rozita Ibrahim sebagai kakak ipar menjadi punca pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi foto perkahwinan abangnya itu.

Rebecca, 39, berpendapat tindakannya itu tidak menjadi kesalahan memandangkan ia dikongsi selepas Rozita sendiri membuat pendedahan di media sosial miliknya.

"Hampir empat bulan mereka akad nikah saya sebagai adik baru kongsi foto mereka, bukan gambar dia (Rozita) seorang tapi gambar keluarga.

Rebecca dan Rozita bersama ahli keluarga yang lain.

"Saya rasa sudah bolehlah kot sebab dia dah kongsi foto abang saya, jadi saya pun ucap selamat datang ke keluarga kami.

"Saya sangat bangga BR (Bonda Rozita) menjadi kakak ipar saya... sangat bangga! Dia seorang usahawan wanita berjaya menjadi idola ramai wanita," katanya menerusi sesi temubual di saluran YouTube Astro Gempak.

Sementara itu, Rebecca berkata dia juga mengetahui mengenai permintaan Rozita yang enggan memperbesarkan isu perkahwinannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto perkahwinan abang sulung, Rebecca Nur Al Islam sambut baik kedatangan Bonda Rozita

ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’

Namun dia tidak menyangka apabila perkongsian tersebut mengundang rasa tidak senang orang ramai.

"Saya terkejut bila saya post ada pihak yang tak suka, saya cuma post gambar keluarga saja.

"Kami ada group bertiga, BR ada cakap tak nak perkara ini jadi besar," kongsinya.

Dalam pada itu, Rebecca memberitahu abangnya sudah berusaha untuk mendamaikan hubungan dengan mempertemukan dua keluarga itu, namun pihak Rozita menolak pelawaan berkenaan.

Video Rebecca cetus perbalahan di media sosial.

"Sejujurnya Abang Long sudah cakap dengan BR untuk BR bawa keluarga mereka dan Abang Long bawa kami, tapi pihak sana tak nak.

"Kalau betul jodoh ini, tiada orang nak kahwin dalam masa yang singkat kerana pada akhirnya kami adalah keluarga," ujarnya.

Sebelum ini, Rebecca mencetuskan kekecohan selepas memuat naik video menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Rozita.

Pun begitu video berkenaan sudah dipadam Rebecca selepas ditegur oleh abangnya susulan berlakunya perbalahan bersama keluarga Rozita di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain