suria

Tidak kejar jadi popular, status artis bukan alasan Wanns Ahmad minta ‘job’

Wanns bekerja keras kerana sangat meminati dunia senui.

LEBIH sedekad bergelar anak seni, pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad sama sekali tidak menjadikan status sebagai seorang selebriti untuk kesenangan sendiri. 

Bagi Wanns atau atau Wan Nursalam Wan Ahmad, 34, populariti juga bukan satu alasan untuk dia meraih perhatian mana-mana pihak dan mendapat tawaran kerja. 

Malah dia juga yakin mana-mana rakan artis yang terlalu taksub untuk dikenali tidak akan bertahan lama dalam industri. 

Wanns tidak kejar populariti.

"Jujur memang saya buat sebab minat, dalam masa sama dapat juga jana pendapatan. Bila dah memang minat, tiada niat pun saya buat sesuatu kerja untuk kejar populariti.

"Bagi saya kalau buat kerja seni ini sebab nak popular, seseorang itu pasti tak bertahan lama," katanya kepada mStar

Bercakap lanjut, Wanns juga sedar namanya lebih dikenali dalam bidang lakonan meskipun memulakan kerjaya sebagai penyanyi. 

Tidak pernah berkecil hati, dia sentiasa percaya pada rezeki dan yakin ada peminat yang akan terus menyokong setiap karyanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara terlajak komen di IG… Wanns Ahmad digelar anti vaksin - “Tak perlu sampai bergaduh... berperang di media sosial “

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu minta tip henti tabiat onani... Wanns Ahmad rupanya sedang promosi lagu

"Kadang-kadang ada juga komen yang tidak tahu saya ini seorang penyanyi.

"Sekarang memang saya aktif dalam lakonan tapi pada masa sama saya nak kembali menyanyi. Mungkin buat masa ini rezeki lebih banyak terarah pada dunia lakonan," luahnya. 

Dalam perkembangan lain, Wanns baru sahaja melancarkan muzik video (MV) lagu Bulan Ku pada 8 Mei lalu menerusi saluran YouTube NSR Malay.

Menariknya video itu turut menampilkan pelakon Amyra Rosli sebagai salah seorang karakter yang dimainkan dalam MV berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain