PENGACARA dan pelawak Nabil Ahmad tidak melihat kritikan yang sering diterima sebagai perkara negatif, sebaliknya menganggap penampilannya di pentas berjaya menarik perhatian penonton.Menurut Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, sebagai pengacara, dia sememangnya mahu memberikan sesuatu yang mempunyai impak supaya persembahan yang dikendalikan bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi bualan ramai. “Dalam erti kata yang agak pelik sedikit, saya okay saja sebab sebagai pengacara, saya memang nak perhatian itu. Nabil bergandingan dengan Azeva (kiri) sebagai pengacara di Big Stage X Rocketfuel (BSR).“Daripada dulu saya cuba lakukan, bila di atas pentas, anda perlu berikan sesuatu yang boleh jadi impak, tarikan dan bualan ramai. “Baru anda ada 'something' untuk beri kepada penonton sewaktu di atas pentas. Sama ada baik atau buruk, orang akan nampak dan terus bercakap,” katanya kepada mStar. Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media majlis pelancaran lagu KITA yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin. Dalam pada itu, Nabil menjelaskan tidak semua perkara yang berlaku di atas pentas berlaku secara spontan kerana sebahagian besarnya sudah dirancang bersama rakan pengacara.ARTIKEL BERKAITAN: “Ini sekadar hiburan“ - Nabil minta penonton tidak hukum pengacaraannyaARTIKEL BERKAITAN: Nabil abai kecaman, fokus kendalikan 'Big Stage X Rocketfuel' saja“Tak nafikan ada yang spontan, tapi kebanyakkannya memang kami ada skrip dan rancang semuanya. Macam saya dengan Elly Mazlein, Sherry, Jihan, Tok Ram kami memang rancang semua tu. “Saya akan tanya Tok (panggilan Ramli), macam ni okay tak Tok? Sherry macam ni okay tak? Sebenarnya ini rahsia atas pentas. “Saya tidak mahulah beritahu semua rancangan kami, biar ia jadi 'magic' dan penonton ingatkan spontan,” ujarnya. Ditanya mengenai perasaan rakan gandingan yang mungkin terasa dengan gurauannya, Nabil berkata dia bersyukur kerana mereka tidak pernah mengambil hati kerana perkara tersebut sudah diketahui dan dipersetujui bersama.Aksi mesra Nabil bersama Datuk Ramli MS menghiburkan hati penonton.“Alhamdulillah rakan hos saya memang tak adaperasaan (ketawa). Sebab tu saya cakap, saya tak ada masalah orang terasa kerana semuanya sudah dirancang. “Saya dah tahu apa mereka (rakan hos) nak cakap fasal saya, mereka pun tahu apa saya nak bergurau. “Saya terbuka kalau ada perkara lucu tentang saya yang nak diperkatakan, buat saja. Sebarang idea yang kelakar kami lakukan saja, Alhamdulillah saya dapat orang yang boleh bekerjasama dengan baik,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!